18.12.09

Tahniah Malaysia!

Tahniah diucapkan kepada pasukan bolasepak B-23 Malaysia kerana berjaya menewaskan Vietnam pada final bolasepak Sukan SEA semalam. Akhirnya kemarau pingat emas selama 20 tahun berakhir jua.

aku gumbira.


video

17.12.09

perbualan tentang perubahan

pada suatu masa yang hening di suatu daerah yang tak dapat dikenal-pasti dimana, kedengaran suatu perbualan yang sayup di telingaku ini...

A: aku rasa aku nak berubah laa...

B: kau nak berubah jadi apa? jadi ultraman ke?

A: ultraman? benda apa tu? species baru beruang panda ke?

B: e'eleh, kau ni..ultraman pun kau tak tau apa. ultraman tu sejenis makhluk asing yang amat mesra dengan manusia. matanya bersinar-sinar umpama bulan mengambang. dia sangat hebat, aku sangat kagum dan kagek dengan ultraman...

A: kau ni merapu je pandai, takde maknanya aku nak berubah jadi ultraman. aku cuma nak berubah jadi diri aku yang lebih baik.

B: eh bukan kau dah cukup baik ke sekarang ni? kau nak jadi lebih baik macam mana lagi?

A: aku mahu jadi lebih baik dari sekarang lah...aku rasa aku perlukan perubahan. yela walaupun kita rasa dah cukup bagus pun tapi kalau kita asyik di takuk lama je, kita tak akan kemana, kita tak akan maju bukan. jadi aku rasa aku perlu mengubah diri aku jadi yang lebih baik, lebih bagus.

si B terkedu seketika mendengar kata-kata yang keluar dari mulut si A.

B: hmmm....kata-katamu ini memang sungguh dalam maknanya. tak sangka pulak aku yang kau mampu berpikir sebegitu rupa. tapi macam mana kalau perubahan kau tu nanti orang lain tak dapat terima?

A: biarlah, aku berubah bukan sebab orang lain. aku berubah sebab diri aku. lagipun kita tak dapat nak puaskan hati semua orang. aku tak mampu nak jaga hati semua orang, sedangkan hati sendiri pun kadang-kadang tak terjaga ini kan pula hati orang.

B: mana boleh biar macam tu je... kita kena jugak jaga hati orang lain, kita bukannya hidup sorang2 je kan? tak begitu?

A: hmmm...ada benarnya jugak kata-katamu itu. tapi macam aku cakap tadi, kita tak mampu nak puaskan hati semua orang. kau kena paham tu. apa guna kalau kita buat orang lain bahagia tapi diri kita sendiri yang merana? aku bukannya mahu pentingkan diri tapi aku cuma mahu diri aku gembira. penting diri tak bermakna aku abaikan orang lain. apa yang penting aku tak susahkan orang lain.

B: jadi, kau benar-benar nekad nak berubah lah ni?

A: a'ah, dah lama aku pikirkan pasal perubahan diri aku ni. kalau aku tak berubah sekarang, aku takut aku akan jadi lebih teruk pulak nanti.

B: kau betul-betul yakin dengan keputusan kau ni?

A: aku pasti sebenar-benar pasti!

B: macam mana pulak dengan aku nanti lepas kau berubah?

A: kau pun ikutlah macam aku, kita berubah. kita kena berubah demi kebaikan diri kita sendiri.

B: tapi......

A: takde tapi-tapi lagi....tak mahu lagi ku dengar alasan darimu.

B: kejap, biar aku pikir..

A: kau nak pikir apa lagi?

B: sabarlah....ni demi masa depan aku jugak.

A: ok. dah abis pikir bagi tau aku.

5 saat kemudian....
A: dah abis pikir belom?

B: belom...kejap....

5 jam kemudian...
A: dah abis pikir belom?

B: belom..kejap...

5 hari kemudian...
A: dah abis pikir belom?

B: belom..kejap...

5 tahun kemudian...
A: dah abis pikir belom?

B: belom..kejap...

dek kerana si A tak mampu lagi untuk bersabar menunggu jawapan dari si B maka si A nekad meninggalkan si B sendirian. maka si A terus maju melangkah ke hadapan kerana keberaniannya untuk berubah manakala si B masih tidak berubah, dia masih si B yang dulu. si B yang masih tiada jawapannya.





10.12.09

Seminggu sekali

Seminggu sekali kau datang padaku
Membawa cinta yang suci
(Amboi amboi enak... 2X)
Seminggu sekali ku dimanja-manja
Dan disayang-sayang dirimu
(Amboi amboi enak... 2X)
Korang tau tak ni lirik lagu apa? alaaa lagu ni popular masa zaman dangdut gedut dulu..ni lagu senggol-senggolan cubit-cubitan dangdutan mas idayu. siapa yang kaki dangdut mesti layan punyalah lah lagu ni. aku bukan kaki dangdut, aku cakap awal2..tak percaya sudah malas nak layan. hehehe.

Yang menariknya lagu ni kat lirik "amboi amboi enak".
aku cuba pikir apa yang enak?
aku cuba bayangkan apa yang enak?
aku dah cuba pikir tapi masih kabur pasal enak tu..apa kata korang pulak tolong pikir kan bak kata nabil lu pikirlah sendiri!

Cukuplah aku mengarut, tujuan aku tulis kali ni bukan nya nak buat ulasan pasal lagu dangdut ni. pada kaki dangdut perut gendut tolong jangan marah aku sebab buat publisiti murahan pasal dangdut.

Sejak kebelakangan ni, seminggu sekali baru aku ada nafsu nak update blog aku yang tak berapa nak best ni. Nak kata aku sebok, takde lah sebok sangat macam perdana menteri planet pluto cuma itulah aku pun tak tau nak jelaskan. Banyak benda nak aku ceritakan tapi nafsu dan sifat malas yang membataskan. Tapi memang enak sekali bila dapat melepaskan gian menulis aku walaupun seminggu sekali aje, mungkin itulah yang dimaksudkan dalam lirik lagu dangdut gendut kat atas tu tadi.

Oklah, otak aku tak berapa nak berfungsi lah sekarang ni. Nak tulis pun rasa macam tak berapa best aje. Jumpa lagi minggu depan.

Sementara tu kepada siapa yang berminat untuk muat turun lagu dangdut terbaru sila layari laman web www.kakidangdutperutgendut.com


1.12.09

kala hujan

Kala hujan turun dari langit

Aku hanya duduk termenung melihat

Titis-titis air yang jatuh berderai

Hati jadi tenang bikin Minda jadi senang

Hujan terus turun, makin lebat

Aku terus melayangkan fikiran

Ruang otak di kosongkan

Ruang jiwa di tenteramkan

Beri aku ilham untuk berpuisi


tetiba aje rasa nak berpuisi bila tengok hari hujan.
puisi la sangat kan? hehe.

23.11.09

kawan-kawan

kata maaf mendahului tulisan aku kali ni sebab dah lama aku tak beri peluang kat jari jemari aku untuk menari riang mengikut rentak irama hati dan minda yang sentiasa serabut tak kira apa jua situasi.

orang selalu cakap

kita jarang nak hargai sesuatu yang ada di dalam hidup kita sampailah kita kehilangan sesuatu itu.


betul tak? bila aku pikir2 balik memang ada kebenarannya.
sama ada lumrah manusia ataupun sifat kelemahan manusia mahupun kealphaan manusia yang menjadikan kita sebegini. aku tak tahu. aku memang tak tahu.

topik kali ni sebenarnya aku nak cakap mengenai sesuatu yang buat hidup kita begitu menarik iaitu K.A.W.A.N

aku pasti semua orang punya kawan.
sama ada sikit atau banyak, tapi aku yakin kita semua pasti miliki kawan.
seorang, dua orang, berpuluh-puluh orang, mahupun berjuta-juta orang.
tak kisah lah kawan kita itu orang ataupun adik-beradik beruang.
yela maksud aku binatang2 kesayangan kita lah macam kucing, hamster dan lain2 binatang comel lagi yang kita jadikan macam kawan kita.

aku pasti kita semua tak boleh hidup sendiri.
mahu atau tidak, kita perlukan kawan dalam hidup ni.
kalau tak hidup kita akan sunyi, kosong, bosan dan segala macam jenis perasaan yang kita semua tak suka dan benci berada dalam hati.
aku tak percaya pada orang yang cakap kita boleh hidup tanpa kawan. aku yakin orang tu hanya tipu diri sendiri ataupun sekadar memberi harapan palsu kepada diri sendiri ataupun mereka termakan hasutan syaitan supaya mereka hanya berkawan dengan syaitan dan kemudian hanyut tanpa pegangan.

aku pasti tidak semua kawan-kawan itu menyenangkan kita.
kawan-kawan kita punyai pelbagai ragam dan perangai masing2.
yela tak akan lah semua kawan-kawan kita semuanya sama je, yang tu bukan manusia dah namanya, tu dah macam robot je. aku tak mahu kawan dengan robot. silap2 aku pulak yang jadi robot! melayan karenah kawan-kawan memang letih tapi sebenarnya itulah kehidupan. mana ada kehidupan yang sempurna, segalanya suci tanpa masalah. ada ke? tak akan ada. memang tak akan ada. aku banyak kali cakap kalau hidup kita terlalu sempurna, mesti bosan punyalah.

aku pasti kita merindui memori2 bersama kawan-kawan.
saat2 manis, kenangan terindah mahupun suka-duka bersama kawan-kawan sukar untuk dilupakan. kita pasti akan teringat kembali kisah2 waktu dengan kawan-kawan. kengkadang kita akan senyum sorang-sorang bila mengimbau balik zaman waktu kita kat sekolah dulu dengan kawan-kawan. kengkadang ada jugak yang menangis menitis air mata dan hingus sebab sentimental sangat melayan memori dengan kawan-kawan. jangan tipu diri sendiri lah wei..kita semua sama je. aku pun pernah rasa perasaan ni. aku sentimental biarlah.

sepanjang aku hidup 22tahun kat dunia ni aku sememangnya punya banyak kawan-kawan.

kawan-kawan masa kat Tadika Kemas Kuala Sepetang.
kawan-kawan masa kat Sek. Keb Laksamana,Kuala Sepetang.
kawan-kawan masa kat Sek. Keb.Taiping.
kawan-kawan masa kat MRSM PDRM, Kulim.
kawan-kawan masa kat MRSM Taiping.
kawan-kawan masa kat Kolej Matrikulasi Pulau Pinang
kawan-kawan masa kat UiTM Shah Alam.

tak lupa juga

kawan-kawan facebook
kawan-kawan friendster
kawan-kawan blogger
kawan-kawan siber
kawan-kawan sekampung
kawan-kawan kepada kawan-kawan

dan akhir sekali

kawan-kawan di masa hadapan.

aku nak kamu semua tahu wahai kawan-kawan, aku sangat menghargai persahabatan kita. sesungguhnya hidup aku akan kosong tanpa kamu semua. Kawan-kawan seperti kamu sememangnya cukup bermakna bagi aku. maaf aku tak dapat nak tulis nama kamu satu per satu tapi jika kamu adalah kawan aku maka kamu tahu siapa kamu.

aku pasti aku juga adalah kawan.
aku pasti kamu juga adalah kawan.
kita semua adalah kawan.


14.11.09

bila dah tamat

Sebelum aku mengarut panjang
Aku ada satu pengumuman penting. Sila dengar.
(macam lah ada orang boleh dengar suara aku..)

FINAL EXAM AKU DAH TAMAT.

iyeeeee....tak dengar ke aku cakap tadi. kuat dah kot aku jerit tadi
(bayangkan je lah..).

final...exam...aku...dah...tamat....ada paham?





yabedabedoooooooooo......yuuuhhhhhuuuuuuuuuuuuuuuuuu.....
..

Antara kenikmatan dunia yang paling agung ialah bila kita dah abis exam. Serius aku tak tipu!
Sungguh nikmat. sangat-sangat nikmat. Perasaan aku sekarang memang tak dapat nak dibayangkan lah. Lagi nikmat bila ini merupakan final exam terakhir aku untuk ijazah sarjana muda sains dan teknologi makanan kat UiTM.

Sekarang aku dah takde nak serabut seraban nak pikir lagi pasal exam.
Aku tak perlu carut marut atau caci maki bila tengok soalan exam macam sial.
Aku tak perlu lagi nak sepak teranjang kerusi meja atau hentak kepala kat dinding pasal geram bila tak dapat jawab exam.
Aku dah tak perlu kot nak cekang mata, perah otak, perah keringat dan segala ape kejadahnya lagi benda-benda pelik untuk baca nota-nota yang sentiasa bikin kepala otak aku pening.
Nak kena hafal ini, nak kena paham itu, nak kena tau yang ini, nak kena ingat yang itu.
kadang-kadang aku rasa dah macam mesin scanner la plak!

Bila aku pikir-pikir balik kan, hidup aku selama ini memang diabdikan untuk belajar dari aku kecik molek tak baligh sampai lah aku dah besar panjang.

masuk tadika baru nak kenal A,B,C..1,2,3..
masuk sekolah rendah pulak banyak main je lebih...hingus pun meleleh lagi kot...
masuk sekolah menengah dah mula nak tunjuk macho depan awek...
masuk matrikulasi pulak belajar apa pun tak paham...bapak laju lecturer ajar!
masuk universiti dah mula kenal apa itu kehidupan...dah mula jadi matang...konon...

Perjalanan hidup aku dalam menuntut ilmu memang sangat sangat sangat lama siot. Memang sanggap dibuatnya. Aku rasa cukuplah untuk aku belajar secara formal.

aku dah malas nak masuk kelas.
aku dah bosan nak baca nota.
aku dah jemu dengan benda macam ni.
aku dah tak mampu lagi otak aku dah tepu.

Tapi dalam kehidupan ni pun kita memang sentiasa belajar benda baru.
kita belajar secara tak formal. belajar tentang erti kehidupan.
belajar macam mana nak hidup kan?

Ok lah.cukup untuk aku lepas gian menaip panjang gila babeng. Dah lama aku tak membebel meleret meleleleleleleh macam ni. Dah abis exam pun bosan gak sebenarnya. tak tau nak buat apa. Entahlah janji yang penting aku tak serabut serabai seraban.

otak aku rasa ringan siot! adios...

7.11.09

MALAS-sial

dua tiga hari ni,
benci sangat pada diri sendiri
sebab malas yang teramat sangat.
rasa cam nak tumbuk je muka ni.
geram betul. marah sangat.

tak boleh nak cinta diri sendiri
kalau diri jadi macam ni.

rimas.benci.lemas
serabut.serabai.

&(*^%$$%#%

*hentak kepala kat dinding*

nota kecik: esok dan lusa dah la ada exam pulak.
mampos la.

4.11.09

Semoga berjaya wahai aku


aku masih dalam perlu study.
ada lagi 3 paper sebelum final exam aku tamat.
perjuangan harus diteruskan.
jangan rasa malas.
jangan rasa lemas.
study and steady.
semoga berjaya wahai aku.

wahai TUHAN.

" ya ALLAH berilah kejayaan kepada hamba-MU yang lemah lagi hina ini.
tidak lupa juga kepada semua rakan-rakannya moga-moga kami berjaya
mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang.
Sesungguhnya hanya kepada-MU kami berserah "


28.10.09

kesah si perjuang-angan

dalam beberapa hari sahaja lagi.
aku akan mula bertempur dan berjuang.
dugaan memang bertubi-tubi datang ketika ini.
serangan dari dalam bak musuh dalam selimut.

wahai

malas.leka.lesu.lalai.longlai

berambus kalian dari diri aku!
kalian tiada tempat dalam daku!


tidak lupa juga musuh2 dan anasir2 luar yang durjana.
sentiasa mencari ruang dan peluang untuk menyelinap.
sang nafsu yang mahu melemaskan dan menghanyutkan.
segerombolan syaitan yang selalu menghasut jahat.

aku perlukan persiapkan diri dengan segalanya.
kerana untuk aku melawan seorang tampak mustahil.
dengan itu maka aku seru panglima2 kesatriaku.
mereka sememangnya memberi aku kekuatan abadi.

wahai

rajin.semangat.fokus.tabah.

datanglah kalian kepada daku!
kalian amat diperlukan untuk peperangan aku.


tidak akan aku lupa kepada DIA YANG MAHA ESA.
mohon dan tawakal lah kepada-NYA.
aku hanya mampu berusaha dan merancang.
namun DIA yang menentukan segalanya.


nota kecik: FINAL EXAM aku akan bermula 31OCT diikuti 1,8,9NOV
dan berakhir pada 13NOV. Doakan kejayaan aku.mana tahu ada diantara
kalian yang makbul doanya.aminnnnnnnnnnn....

24.10.09

aku rasa

aku rasa

LEGA dan PUAS

sebab

presentation thesis aku dah selesai semalam
jika tidak selama ini aku memang kabut-kelam
aku rasa lemas macam kapal yang tenggelam
syukur alhamdulillah, "now i can be calm"

aku rasa

PENAT dan LETIH

sebab

dah nak dekat final pun masih ada test dan ASSignment
tapi nak buat macam mana dah memang itu tugas student
kalau aku asyik rasa malas baik aku kerja basuh semen
syukur alhamdulillah, "i'm still can be better man"

aku rasa

GELABAH dan CUAK

sebab

final exam aku bermula minggu depan
masa ini mulalah rasa serabut seraban
aku suka tak suka, aku tetap kena layan
yang penting aku kena teruskan perjuangan
syukur alhamdulillah, aku masih ada TUHAN

21.10.09

kadang-kadang

kadang-kadang
dalam hidup ada banyak sangat pilihan
sampai tak tahu nak pilih yang mana?

kadang-kadang
dalam hidup tak banyak pilihan yang ada
sampai macam tak nak pilih mana-mana pun!

kadang-kadang
dalam hidup tak ada pilihan langsung
sampai terpaksa pilih apa yang ada..

itu lah pilihan hidup
hidup kadang-kadang memang kejam
hidup kadang-kadang memang seksa
hidup kadang-kadang memang sengsara

tapi
itulah namanya kehidupan kan?

16.10.09

Kau-laulah...

" 'MUNGKIN' itu hanya untuk orang yang tak bersyukur "

aku tertarik dengan kata-kata ni yang dipetik dari filem PAPadom yang baru aku tengok tadi dengan kawan-kawan aku. akhirnya dapat jugak aku tengok PAPadom setelah beberapa kali terpaksa ditunda waktunya dek kesebokan dunia yang aku alami sekarang. puas dan seronok. dua kata dari aku untuk filem PAPadom. cukup pasal PAPadom jadi kalau nak tau lebih-lebih silalah pergi beli tiket wayang dan tengok sendiri. cakap banyak takde guna.

manusia memang tak pernah rasa puas kan?
dah memang lumrah dan fitrah manusia macam tu ke?
atau manusia sendiri yang pandai-pandai cipta semua ni?
suka sangat nak mengeluh pasal benda yang dah jadi!
sentiasa nak persoalkan segala benda!

"kalaulah aku buat camni......"
"mungkin kalau aku tak buat camtu...."
"aku mesti dapat buat kalau......"

semua ayat-ayat ini selalu diungkapkan oleh makhluk yang bernama manusia
manusia yang tak pernah rasa bersyukur dengan apa yang ada
manusia yang susah nak terima hakikat dan kenyataan hidup
manusia yang asyik nak mengeluh dan membebel yang ntah apa-apa

aku selalu pegang pada kata-kata ni

"setiap perkara yang berlaku dalam hidup kita pasti ada hikmah di sebaliknya "

dan ini juga

"dan sesungguhnya Allah itu tidak akan membebani hambaNya dengan perkara yang tidak mampu dihadapi oleh hambaNYa"

sebab hidup kita kalau terlalu sempurna mesti bosan jugak kan?




11.10.09

Bila Senja

mata memandang langit senja.
nampak mendung.

fikiran melayang entah ke mana.
kuat berangan.

hati merasa kosong dan lengang.
rasa tenang.

badan melayan penat dan malas.
rasa letih.

jari jemari menulis mengisi ruang.
isi masa lapang.

azan maghrib dah berkumandang.
dirikan sembahyang.

8.10.09

AKU akui AKU

** sekarang **

AKU rimas, AKU lemas
kesibukan dunia memang sentiasa datang merampas
masa AKU yang dianggap begitu bernilai bak emas
saat AKU leka dan lalai nah terus pantas ia dikebas
lantas terus membuatkan diri AKU berasa cemas

** dan kini **

AKU serabut, AKU kelam kabut
kesibukan dunia yang datang bak taufan dan ribut
dia hadir tanpa perlu AKU datang menjemput
dia muncul tanpa perlu AKU sebut-sebut
AKU sesak kerna nafasku kini dah mula semput

** namun sebenarnya **

AKU tak perlu gelabah,
AKU tak perlu gelisah,
hanya kerna sekali umah AKU runtuh dan roboh
dek kerna dipukul ganas oleh ombak dan bah
AKU harus pantas bangun selepas rebah
jiwa mahu kuat, hati mahu tabah

** cuba jadi macam dia **

jadilah secekal dan setekun si labah-labah
seorang diri membina sendiri empunya rumah
tak pernah membebel apatah lagi melatah
dia teruskan usaha hingga segalanya nampak gah

** ataupun cuba lihat mereka **

badan tak perlu besar dan gagah
tapi punya bisa yang bisa buat kau berdarah
siapa mereka? apa kau tak kenal sama si lebah?
dia memang rajin dan tak pernah nak mengalah
buat kerja demi permaisuri tanpa berbalah

** di akhir nanti **

segalanya berlaku mungkin kerna AKU ambil mudah
semua benda AKU buat hanya endah tak endah
orang cakap AKU jarang nak ambil kesah
padan muka sekarang AKU jugak yang susah

** maka **

apa yang penting AKU harus ingat kata-kata mak dan abah
"anak..tuntutlah ilmu kerna itulah harta yang paling mewah"
kerna ilmu berguna akan kekal sampai ke sudah
manfaatnya tak hilang walaupun AKU dah jadi arwah

** baiklah **

cukuplah sampai di sini AKU bermadah
sebagai ingatan buat AKU yang punya maruah

** sekian sahaja **

hasil coretan
pap persie


jalan raya kekadang sibuk tapi kekadang tak sibuk.
kalo nak melintas, kita akan tengok kiri, kita pandang kanan.
kita dah yakin selamat baru kita melintas.
macam tu jugak lah dengan hidup kita ini.
kekadang sibuk sangat tak ingat dunia tapi ada masa rilek yang amat.
apa yang penting? kerjasama.....eh bukan tu wonderpet.
apa yang penting kita buat keputusan yang tepat dan bijak.





6.10.09

Hari KERA-AMAT

jam dua lima puluh petang

habis je kuliah dr.A, tetiba kedengaran suara berkumandang dari microphone berbunyi begini..

"assalamualaikum, mintak perhatian jap ek. ni ade pesanan daripada pn.Az, die bagitau yang tarikh presentation akan ditunda dari 17hb oktober kepada 24hb oktober ni....bla..bla..bla..korang setuju tak? "

tik..tok..tik..tok..

"kamiiiiiii sssseeeetttuuuujjjjuuuuuuuuuuuuuuuuuu......................."

jeritan kuat selautan manusia memanaskan lagi keadaaan dewan kuliah yang dah sememangnya panas yela mana kan tidak, boleh pulak air-cond dalam dewan kuliah tu rosak tapi nasib baik la ade letak kipas kalo tak memang dah macam neraka dunia rasanya.

berbalik kepada penundaan tarikh presentation a.k.a HARI KERA-AMAT bagi bebudak final year food-techn UiTM Shah Alam, ramai yang bersorak gembira dengan berita ni. yela at least kitorang ade lagi ruang masa untuk kami semua bernafas. kalo tak sebelum ni semua gelisah, keluh-kesah, resah, gelabah, kelam-kabut, serabut dan memacam lagi sindrom kurang sehat yang melanda diri. tapi kini sekurang-kurang nya dapat jugak kami kembali mengukir senyuman walaupun tak lama.

ape-ape pun aku nak ucapkan good luck kepada rerakan seperjuangan aku untuk presentation final year projek di HARI KERA-AMAT iaitu 24hb oktober 2009 nanti.


2.10.09

Tra-GEDIK dan PERIT-tiwa OKTOBER

Oktober dah tiba. Di petang kedua bolan oktober ni, aku mengGEDIKkan jari jemari untuk menulis pelbagai peristiwa yang bakal buat PERIT di JIWA aku sepanjang bolan oktober. Minggu depan, 5 & 6 Oktober ada 2 test menanti aku, Double Trouble Test. pastu Aku kenakan siapkan Final Year Projek lagi sebab 17 Oktober adalah hari paling keramat iaitu hari aku kena present pasal projek aku depan panel hakim/juri paling profesional terdiri daripada para lecturer aku yang sedia untuk membuat budak-budak rasa kecut perut,serabut,kelam-kabut dengan soalan-soalan yang tak pernah kitorang jemput. Selepas PERIT-jiwa ni, 30 Oktober kena hantar softbound copy plak. Dan tidak dilupakan jua, FINAL EXAM bakal bermula pada 28 Oktober (harap-harap la paper aku start lambat ckit...kalo tak mampos aku!).

p/s: Dan sepanjang aku menulis post ni, lagu 'tragedi oktober' dendangan awie berkumandang di telinga aku yang tak berapa nak capang ni.

27.9.09

Kepulangan yang dinanti

Hari ini aku akan kembali ke UiTM Shah Alam. Cuti raya sudah pun tamat maka segala ketenangan dan juga kerileksan yang dimiliki oleh jiwa raga aku akan dirampas semula oleh kesibokan dunia. Jiwa dan raga akan mula dihimpit penyakit 'serabut' dan 'kelam-kabut' yang tak penah aku jemput. Macam-macam benda dah menanti kepulangan aku ni. ASSignment yang melambak, TEST yang menunggu, FYP yang tak siap-siap dan segala macam jenis species kesibukan dunia lagi lah. Disebabkan kepelbagaian species kesibukan dunia ni, aku rasa aku dah jadi macam Zoo khas untuk memelihara species-species kesibukan dunia yang tak penah terancam ni. Hampeh tol. Ape nak buat kan, suka tak suka dah ni hidup aku. Aku kena teruskan saki-baki perjuangan aku kat UiTM Shah Alam ni.

23.9.09

Jeritan Raya


SeLaMat mEnyAmBut HaRi RAya
SaLam AidiLFitRi
daRi JaUh Ku pOHoN aMPun DaN maAF

Raya dan aku

Assalamualaikum..
Salam Hamba Tanda Hulur Ingatan
Buat Semua Insan Umat Islam di Pagi Syawal

bila lagu raya alunan Jamal Abdullah ni bermain di telinga, sebak pulak rasanya jiwa raga kecil aku ni. dengan suara Jamal yang besar tu, lagu ni kalo dengar pepagi ray ni ke korang layan sesorang dalam bilik ke memang tangkap leleh abis la, memang menusuk kalbu la gua cakap lu!

hari dah 4 syawal kan. hari gak baru aku dapat melayari bahtera internet sejak aku balik umah. yela umah aku memang takde internet, tapi semalam abang sulong aku baru sampai jadi aku pun 'paw' die punyer internet, die ade celcom broadband. begitulah eratnya ikatan adik-beradik..hehehehe...

di kesempatan hari yang mulia ni, molek benar rasanya kalo aku mohon ampun dan maaf kepada semua makhluk yang bernama manusia dalam dunia ni yang mengenali diri aku ni yang ntah sesape ni ntah dar hujung rambut sampai hujung kuku kakiku. yela di hari yang mulia ni elok lah kita saling bermaaafan antara sesama kita. Aku jua beri kemaafan kepada semua orang yang pernah buat salah dengan aku, yela mane tau korang pernah terlepas cakap ke tergurau kasar ke terguris hati ke ape-ape je la, aku maafkan bak kata orang ' sedangkan Nabi maafkan umat, inikan pula diri aku yang hina lagi kerdil ini. '

jejaka idaman malaya di hari raya

ok lah cukup la untuk coretan raya aku kali ni, nanti aku citer lagi la. aku nak sambung beraya lagi la..tak puas lagi beraya ni. hehehehe...

13.9.09

Almunia dan Aluminium

korang tau ape persamaan antara Almunia (goalkeeper arsenal) dengan Aluminium?
Ya..tepat sekali..dua-dua benda/makhluk ni amat rapuh dan mudah renyuk...

Aku sememangnya kipas-susah-mati (die-hard-fan la orang putih cakap) Arsenal sejak dari tahun 2000 lagi. Setiap pekembangan dan pengecutan kelab kesayangan aku ni aku amik tau.

Dan untuk game malam tadi, Arsenal kalah lagi utk kali kedua berturut-turut dlm musim ni dan keduanya kepada kelab Manchester. Memang aku tak puas hati dgn kekalahan ni tapi aku tetap yakin dan percaya dgn kebolehan Arsenal.

Kembali pada kisah almunia dan aluminium, gelagat almunia malam tadi memang agak sengal. Gol pertama, agak memalukan malah lawak gak la mana tak nye almunia tolak bola sepakan freekick pastu bola kena tiang pastu pantul kena kepala dia pastu bola masuk dalam GOOOOLLLLL.....dan 3 GOL pastu tu pun si almunia ni agak lembab pergerakan dia. Dia malam tadi memang mudah renyuk, amat rapuh dan lembik sebijik cam Aluminium. Dah la nama pun lebih kurang same je. Hampeh tol la!! Geram aku...tapi defender arsenal malam tadi pun memang main tak brape bagus la, senang sangat bolos. Tapi nak wat cmne kan, benda dah jadi so aku terima je la lagipun bola tu bulat, ape-ape je leh jadi.

Sekian saja utk kali ni, saje je nak lepas geram.

p/s: sori la blog ko acik kena dengar aku membebel je kan...huhuhuhu...

11.9.09

Teh Laici dan Aku

Biskuat TIGER yg aku beli kat Ko'op Teratai beberapa bulan lepas dgn Teh BOH perisa Laici Ros yg aku beli kat Cameron masa Trip bebudak FoodTech jadi santapan utk sahur aku pagi ni. Walaupun tak seberapa tapi cukup la utk melapik perut aku ni dan menghindar perut aku dari kelaparan tahap dewa yg melampau sok. hehehe. Yela org kata amik berkat kn, "sesungguhnya dlm sahur itu ade keberkatan" dan "Yang membezakan pose org kafir dgn pose org Islam adalah bersahur". Arini dah hari ke-20 kita pose dlm bulan Ramadhan kali ni, kejap je masa berlalu. tik tok tik tok tik tok masa berjalan, berlari dgn pantas kan?? tak kasi can langsung kat kita ataupun kita je yg terlalu leka dgn kesibukan dunia yg tak henti2.

*syrrrrpppppp.......aku minum teh jap*

Cakap pasal kesibukan dunia ni, sblm nak raya ni aku sememangnya sebok tahap 99 petala langit la. Sebok nak siapkan FYP aku, Test beratur plak - Test Dr. Jenal pd 15.09.09 manakala Test En Adi yg sepatutnya 16.09.09 malam tapi aku kena amik awl maybe 14.09.09 coz 16.09.09 aku dah balik kampong!! Ya...betul..aku balik kampong...


Taiping..tunggu kepulanganku!!!!!!
balik kampong...oooooo.....balik kampong
oooooo.....balik kampong...hati girang.....

Tak sabo aku nak jumpa mak, ayah, adik-bradik serta tak lupa juga kaum kerabat diraja kucing kat umah aku. hehehehe. Oklah cukup la stakat ni lu aku membebel kat blog aku ni. Azan subuh pun dah berkumandang jadi aku nak Solat Subuh jap pastu tgk la nak tido ke nak ngadap laptop lagi ke ikut kemampuan & kekuatan diri aku..huhuhu.

8.9.09

Qistina dan Aku

Qistina..Nur Saidah Qistina..nama yang tak asing lagi bagi aku...
Dah lama rasanya aku tak jumpa dia, hampir setahun lamanya...
Dia membuatkan aku sedar betapa hidup ini begitu pantas berlalu pergi...
Sedar tak sedar aku dah makin tua rupanya. Tua dari segi usia tapi dari segi perangai aku rasa aku masih lagi belum matang sepenuhnya. Kembali kepada kisah Qistina,sebenarnya Qistina ni anak buah aku yg sulong la korang jangan salah anggap plak. hehehe.Bukan apa,tadi abang aku ada anta MMS si Qistina ni jadi terdetik la plak aku nak tulis pasal anak buah kesayangan aku ni.


hye i'm Nur Saidah Qistina, u can call me baby Qis...


Sejak kelahiran si kecik ni, maka secara rasminya aku dah jadi pakcik dengan gelaran 'pak su'. diulangi PAKCIK...P.A.K.C.I.K (gelaran yang selalu digunakan untuk orang tua-tua..hehehe).


sape lagi comel? baby Qis ke Pak su dia? hehe...


Alahai terasa makin tua aku rasanya, pejam celik pejam celik je kan?
Bila dah makin dewasa ni, mulalah kita teringat balik zaman kanak-kanak riang kita dulu rasa cam nak jadi budak-budak kecik je balik. Hidup happy je memanjang tak payah nak pikir segala masalah dunia yang serabut dan kelam-kabut ni.

main kejar-kejar dengan kengkawan ~
naik beskal pusing-pusing taman ~
main aci nyorok petang-petang ~
main guli, gasing, lelayang ~

naik beskal pusing-pusing taman dengan kengkawan


Tapi ni sume dulu la masa hingus kita masih meleleh lagi. Jadual waktu harian budak-budak kecik waktu petang dengan kengkawan kan. Skang sume dah jadi kenangan manis, dah jadi sebuah ceritera dalam hidup, dah jadi kisah silam yang tak mungkin kita lalui lagi. Masa ni mula la kita pikir, kalo lah ada mesin masa konfim kita nak kembali ke masa lampau kan?

p/s: tak sabo nak pelok cium Qistina lagi. dulu mase raya thn lepas dia kecik lagi skang dah setahun lebih dah umur dia. Abang aku cakap Baby Qis ni dah nakal, keletah budaknya....hehehe.
" Baby Qis come to uncle PAP..come..alaaa bucuk-bucuk!! "


entah

aku bingung, aku keliru, aku celaru

entah mengapa tiba-tiba tergerak hati ini
tergerak utk menggerakkan jari-jemari
jari-jemari asyik dan leka menari-nari
mengikut alunan irama merdu isi hati

entah aku sendiri seakan terpaku
melihat apa yang sedang berlaku
adakah ini sebenarnya diri aku?
atau hanya diri aku yang menipu?

entah apa pula kata orang
melihat aku menjadi seseorang
aku takut ada yang berang
aku bimbang ada yang bilang
"aku si petualang, aku si temberang"

entah ini satu suratan atau kebetulan
memang sukar untuk diri aku tentukan
adakah harus aku teruskan perjuangan
atau aku terus hidup dalam khayalan

aku tulis, aku cakap, aku fikir

sebaris coretan,
sejebis catatan,
sebuah ceritera.


.....wajah bingung + bengong aku.....

p/s: ni aku tulis sendiri tau, takde ciplak kat mane-mane. aku pun tak tau camne la aku leh tulis benda camni. pelik memang pelik tapi ni la kot orang panggil bakat terpendam + semulajadi..ececececehhh 'angkat bakul' la plak. hehehe..anyway sajak ni (sajak ke ni?) dibuat khas sempena 'opening ceremony' untuk post blog aku yang pertama dalam sejarah hidup aku.