30.12.10

TANAH TUMPAHNYA DARAHKU


Tahniah buat HARIMAU MALAYSIA di atas kejayaan membaham Si Garuda Indonesia untuk membawa pulang trofi kemenangan Piala AFF Suzuki buat julung kalinya dalam sejarah MALAYSIA.

Sesungguhnya seluruh rakyat jelata sangat berbangga dengan semangat juang tinggi yang ditunjukkan oleh semua para pemain pasukan bolasepak HARIMAU MALAYSIA. SYABAS!

Semoga dengan kejayaan ini dapat dijadikan sebagai langkah awal untuk mengecapi kejayaan yang lebih gemilang. Malah mungkin suatu lagi sejarah bolasepak negara bakal dicipta kelak.

- TANAH TUMPAHNYA DARAHKU -

28.12.10

kehadiran 'seseorang'


























Di dalam kehidupan kadangkala
terjadi perkara-perkara yang menyusahkan
mengganggu jiwa dan emosi dan apa yang
dibuat semuanya tidak kena
Alangkah indahnya sekiranya
ada seseorang yang boleh
membuatkan kita lupa akan
perkara-perkara tersebut
walaupun dengan hanya melihat wajahnya

Dan sesungguhnya, aku telah jumpa
‘seseorang’ itu…


nota kecik: kata-kata puitis ini adalah hasil nurkilan kartunis ubi yang di ambil daripada siri komik 'aku, dia & volkswagen' yang pernah menjadi kegilaan ramai anak-anak muda remaja suatu ketika dahulu.

nota hati: kata-kata puitis romantis ini ditujukan istimewa buat 'seseorang' yang telah membuatkan hidup aku kini lebih gembira. Terima kasih di atas kasih yang diberikan.


12.12.10

kosong

sudah lama ruang dinding buruk aku ini dibiarkan kosong tanpa sebarang apa-apa kata.
bukannya aku tidak mahu menghiasi tapi sememangnya aku kurang keupayaan kala ini.
nak dikatakan aku perlukan rehat, mungkin juga. Mungkin aku perlukan sedikit ruang.
dan begitu jua-lah dengan hati aku ini yang terasa sangat kosong seberapa menjak ini.
seakan sesuatu bagaikan hilang dari seketul daging dalam jasad aku ini.
apakah Allah mahu menguji kekuatan iman seorang hamba-Nya ?
atau penderhaka alam; si syaitan dan sekalian sekutunya cuba menghasut ?
apa mungkin juga aku hanyut dengan godaan hawa nafsu jahat sendiri ?
walau apa jua sekalipun kemungkinan yang ada aku harus lakukan sesuatu
tidak boleh terus kaku dan diam membisu atau hanya terus menunggu
aku harus terus maju kehadapan mencari jalan penyelesaian untuk kekosongan ini.
ruang kosong hati ini tidak boleh dibiarkan terlalu lama untuk tidak berisi.





16.11.10

27.10.10

"kecomelan Dakwah Islam"


Pabila dakwah Islam disampaikan dengan cara yang sangat comel.

25.10.10

Bila Malam

bila malam.


bila ada itu malam.

bila mana ada ketikanya malam kita itu suram.

bila mana ada ketikanya malam kita itu kelam.

bila mana ada ketikanya malam kita itu tenggelam.

bila mana ada ketikanya malam kita itu muram.


bila malam itu ada.

bila mana semua benda tak kena

bila mana perasaan rasa gundah gulana

bila mana fikiran seakan mahu gila

bila mana punggung duduk tak selesa


aku tidur.

selamat malam.

23.10.10

Melayan Malam Minggu yang Muram dengan Megi Special Buatan Sendiri

Malam ini malam minggu yang muram bagi aku.
Siang hari tadi aku terpaksa bekerja.
Malam ini pula aku hanya terperuk di dalam rumah.
Nak lepak kedai mamak tapi takda pulak game bola yang best.
Untuk makluman semua, aku penyokong Arsenal.
Jadi esok malam, tengah malam baru ada game team bola aku.
Untuk malam ini lebih baik aku duduk rumah tengok cerita dalam laptop.
Sambil layan "megi kari special" buatan air tangan aku sendiri.
Ini megi bukan sebarang megi tau tak.
Megi mamak pun tak boleh lawan ini megi.
Malas nak taip panjang-panjang.
Megi pun sudah terlebih kembang.
Mari melayan malam minggu yang muram

19.10.10

Aku Kembali

aku kembali lagi dengan semangat dan azam yang baru untuk meneruskan perjuangan hidup.

moga-moga kali ini aku sedia menghadapi segala kemungkinan yang tiba.

hendaknya diri ini mampu menempuh dugaan dan cabaran yang melanda.

pastinya setiap perkara yang berlaku itu punya hikmah disebaliknya.

kembalinya aku kali ini tak mahu dikesali.

dalam hidup tak selalu peluang datang berkali-kali.

esok juga aku siapkan langkah untuk ini kali.

8.9.10

Salam Aidilfitri

ku pinta kemaafan
ku cari keberkatan
ku harap keinsafan
ku impi kebahagiaan

salam aidilfitri buat semua.

30.8.10

Terima Kasih Allah

aku sangat bersyukur pada Allah.

kerana Dia masih beri aku peluang.

bukan sekali dua,

tapi sudah berkali-kali Dia memberi ruang kepada aku.

mengingatkan aku bahawa jangan pernah putus asa.

menyedarkan aku bahawa jangan pernah putus harapan.

jangan pernah berhenti berharap kepada Dia yang Maha Esa.

kadang-kadang aku rasa diri ini kerdil sangat.

aku rasa malu dan segan pun ada.

kerana masih diberi peluang dan ruang oleh-NYA.

"kepada Mu kami sembah dan kepada Mu kami mohon pertolongan"


17 kali sehari paling kurang bacaan ini disebut acap kali,

dan ternyata Dia mendengar kata-kata setiap hamba-NYA.

terima kasih Allah.

26.8.10

Lelapkan mata

Ku baca kata-kata puisi

Sebelum ku lelapkan mata

Ku rasa tenang

Hati rasa senang

Ku baca lagi bahasa puitis itu

Sampai ku lelapkan mata

24.8.10

seketika

aku berehat seketika dari menulis kata-kata.

bukan tidak ada kata-kata yang mahu aku laungkan ,

cuma mungkin aku belum bersedia untuk seketika.

aku akan kembali.

sila tunggu seketika.

11.8.10

Aku dan Jambu


tiba-tiba teringat zaman pra-matang
ketika aku kelihatan begitu 'jambu'
berpakaian baju melayu warna merah jambu

selamat menyambut ramadhan.
moga-moga puasa kita sempurna hendaknya.


1.8.10

Mahu

kali ini mahu bicara seketika cuma.

tak mahu lama-lama.

mahu cepat.


kali ini mahu tulis sepantas boleh.

tak mahu panjang-panjang.

mahu pendek.


kali ini mahu cakap sepetah mungkin.

tak mahu pelan-pelan.

mahu becok.


kali ini mahu setakat ini saja.

bukan tak mahu.

mahu sambung lain kali.

25.7.10

Monolog Hujung Minggu

Di suatu petang hujung minggu yang pilu.


dengar musik-musik melayan kalbu.

moga hati ini mampu tenang selalu.

tapi masih ada ruang kecil hati yang rasa ragu.

maka minda sudah mula mahu bercelaru.

apakah ini semua hanya mainan makhluk itu?

yang suka bila diri ini dalam keadaan keliru.

yang jua gembira jika semua jadi haru biru.


Seharusnya,

jangan pernah mengaku kalah dengan apa yang berlaku.

jangan jadi manusia lemah yang hanya duduk terkaku.

ataupun hanya mahu duduk diam membisu.

tetapkan pendirian kamu.

tabahkan hati kamu.

cekalkan jiwa raga kamu.


jangan pernah berhenti berharap pada Dia yang satu.

jangan pernah putus harapan pada Dia itu.

jangan pernah sekali pun.


semoga minggu-minggu yang akan mendatang tidak begini selalu.

21.7.10

Selamat Pagi

pagi-pagi sudah hujan lebat.


maka,

suasana paling nyaman tercipta,

apa lagi kalau bukan untuk bikin taik mata.


tapi,

aku cuba tutup mata,

masih tetap terbuka.


lantas,

aku cari kaca mata,

buka komputer riba,

taip baris kata-kata.


selamat pagi wahai semua.




19.7.10

Hitam Putih

mari kita kembali ke zaman hitam putih.

hitam putih bukan hanya untuk tahi cicak.

bila mana sebatang pensil karbon hitam mahupun pena berdakwat hitam ditulis di atas kertas putih maka hanya ada hitam putih.

siapa kata hitam putih tidak chantek.

karya filem P.Ramlee masih sedap mata memandang walaupun di dalam wayang hitam putih.

bahkan nama bapa seniman agung itu sendiri pun 'Puteh'. Teuku Nyak Puteh.

orang yang berkulit hitam manis itu chantek juga dilihat.

orang yang berkulit putih melepak tidak kurang chanteknya.

putih chantek berseri.

hitam chantek bergaya.

bukan mahu menidakkan kepelbagaian warna tapi hanya mahu mengingatkan kewujudan hitam putih itu sahaja supaya ianya tidak dipinggirkan.

mari kita kembali ke zaman hitam putih.

aku kini dalam hitam putih.







14.7.10

23


Selamat Hari Jadi kepada AKU untuk kali ke-23

terima kaseh kepada semua yang memberi ucapan

semoga aku mampu menjadi insan yang lebih baik untuk masa-masa akan datang

11.6.10

Bila Bola Demam....

yeah..yeah...piala dunia kembali lagi...
piala dunia ni 4 tahun sekali je baru ade..kalau raya setahun sekali je kan tapi ni kena tunggu 4 tahun baru dapat tengok. sebagai kaki bola yang agak gila dengan bola maka aku memang tak sabo nak tengok bola..ini bukan sebarang bola..bola ini bulat tau!!! hehehehe...*gelak nakal*



macam biasa aku memang kipas-susah-mati pasukan ORANJE iaitu Belanda..sebab abang angkat aku main dalam team ni..harap2 diorang dapat buktikan sesuatu dalam piala dunia 2010 kali ni. susah betul nak menang piala team kesukaan aku ni..*gelak berharap*


ni lah abang angkat aku..hehehe..sukatilah aku nak perasaan..

p/s: selain demam bola..aku jugak tengah demam keja..aku baru seminggu keja..masih mentah masih banyak kena blaja..chaiyok2 pakcik pap! aku jugak tengah demam cinta..cinta itu buta ke hah? papejelah...hahhahaha *gelak gedik*

4.6.10

Dunia Baru

Bermula tujuh haribulan enam dua ribu sepuluh maka sebuah lagi bab baru dalam novel hidup aku akan bermula.
Selepas aku penat menjadi seorang penanam anggur professional yang agak berjaya jugak kira-kira hampir dua bulan purnama lamanya,
Syukur Alhamdulillah kepada Allah yang Maha Esa selepas beberapa sesi temuduga aku hadiri, akhirnya aku diterima bekerja.
Maka bermulalah rutin harian hidup aku yang baru.
Aku dengan alam pekerjaan yang baru.
Aku dengan situasi dan keadaan harian yang baru.
Aku dengan orang-orang baru.
Aku dengan hidup yang baru.
Segalanya baru mungkin..
Semoga aku mampu menghadapi segala yang baru ini dengan baik.

26.5.10

Selamat Pengatin Baru Kakandaku



semoga kekal bahagia sehingga ke akhir hayat

18.5.10

kawan-kawan

tetiba aku rasa nak upload gambar reunion budak-budak MRSM PDRM batch PMR 2002 & SPM 2004 kat pulau pangkor 27-28hb Februari yang lalu. benda dah lama lepas tapi takpe la bak kata orang putih "better late than never". semoga lepas ni ada la reunion akan diadakan oleh budak-budak sekolah aku.

12.5.10

Hilang Arah

[Enter Post Title Here]


Bila kau hilang arah
Kemana mahu kau pergi?
Mahu ke utara atau selatan?
Mahu ke timur atau barat?
Ataupun kau hanya mahu duduk diam tidak kemana.

Bila kau hilang arah
Kepada siapa mahu kau tuju?
Mahu tuju kepada orang itu atau orang ini?
Mahu tuju kepada si mereka atau si dia?
Ataupun kau hanya mahu duduk diam tidak kemana-mana.

Bila kau hilang arah
Pernahkah kau tahu kenapa?
Kenapakah jadi begini atau begitu?
Kenapakah diri kau bukan diri orang lain?
Ataupun kau hanya duduk diam tidak mahu tahu.

Kau terus hilang arah
Akhirnya kau sesat dengan sendiri.

9.5.10

jiwang

tetiba terasa jiwang maka aku pun layan video klip lagu jiwang terhangat masa kini yang katanya menjadi kegilaan gadis-gadis comel mahupun gadis-gadis yang perasan comel di luar sana. tapi aku bukan gadis comel mahupun gadis perasan comel? jadi kenapa aku? apakah aku? adakah aku? entah aku pun tak paham...hahahahahha.

video

6.5.10

Merenung


kehidupan memang satu perjalanan yang penuh dengan macam-macam perkara.
hidup memang penuh dengan kejutan
hidup memang penuh dengan sesuatu yang tak dijangka
hidup memang kekadang tak seperti yang diharapkan
hidup memang kekadang kejam dengan diri sendiri
hidup memang sangat memeningkan kepala otak sesekali
hidup memang mengembirakan diri sesekali
hidup memang buat air mata menitis tanpa henti sesekali
Barangkali hidup memang begitulah kehidupan. Realiti dan Fantasi tentang kehidupan memang sangat menarik untuk kita bicarakan. Mungkin kita semua tak akan puas dengan kehidupan sendiri .









22.4.10

tak kesahlah....

kali ini aku hanya ingin berkongsi sebuah video iklan yang menarik untuk semua kaki-kaki bola.

tak kesahlah kaki bola yang banyak bulu kaki ke...
tak kesahlah kaki bola yang bulu kaki sikit ke...
tak kesahlah kaki bola yang takda bulu kaki ke..
tak kesahlah kaki bola yang tak tau sepak bola ke..
tak kesahlah kaki bola yang sepak bola cam bapuk ke..
tak kesahlah kaki bola yang sepak bola sampai berapi ke..
tak kesahlah kaki bola yang jongang cam halimah jongang ke..
tak kesahlah kaki bola yang macho cam Cristiano Ronaldo ke..
tak kesahlah kaki bola yang gemok cam Ronaldo gemok ke..
tak kesahlah kaki bola yang main cam ayam ke...
tak kesahlah kaki bola yang sokong team ayam ke..
tak kesahlah kaki bola yang suka makan ayam ke..
tak kesahlah kaki bola yang suka sepak ayam ke..

aduyai berapa banyak tak kesahlah la....
macam-macam jenis kaki bola ada...
macam-macam ada...

sila layan dan tengok video iklan sepak bola ini dengan sopan santun.
terima kaseh.


video

18.4.10

Penanam Anggur

Untuk pengetahuan semua, aku baru sahaja menamatkan pelajaran di UiTM. Maka secara tak rasminya, aku sudah pun jadi seorang penanam anggur amatur. Disebabkan penanaman buah anggur yang tidak sesuai di Malaysia sebab cuaca negara kita yang terlalu panas maka aku pikir aku tidak boleh menjadi seorang penanam anggur yang profesional.

Oleh yang demikian, aku telah nekad untuk mancari pekerjaan lain selain menjadi penanam anggur profesional walaupun aku tahu kerjaya penanam anggur ini sangat popular di kalangan orang-orang muda macam aku ini.

Syukur,Alhamdulillah aku telah dipanggil untuk menjalani temuduga di beberapa buah syarikat makanan. Walaupun bukan syarikat yang berkaitan anggur tapi aku tetap terima dengan hati yang terbuka bak kata orang tua "kau jangan nak berlagak sangat, apa kau fikir kau bagus sangat!"

Walaupun aku sangat berat hati kerana terpaksa melupakan hasrat untuk menjadi seorang penanam anggur profesional terkenal dunia tapi aku redha. Mungkin aku akan berjaya sebagai penanam buah yang lain pulak. Lagipun macam-macam buah ada dalam dunia kan..kan..kan..

Doakan kejayaan aku wahai kawan-kawan sekalian.


penanaman buah anggur semakin popular sekarang ini


salah seorang penanam anggur yang telah berjaya..

16.4.10

Aku Comel

aku jugak pernah comel macam budak-budak dalam iklan ni suatu ketika dahulu.

hehehehe....*ketawa manja+comel*

video

30.1.10

Muhasabah

Termenung.
Berangan.
Berkhayal.
Mengelamun.
Berfikir.

Benda-benda ni yang paling aku suka buat bila duduk sorang-sorang.

Boleh dikatakan dah jadi hobi kegemaran pulak rasanya.

Yang peliknya aku sendiri pun tak dapat nak bezakan sama ada aku ni tengah termenung atau berangan atau berkhayal atau mengelamun ataupun berfikir.

Kadang-kadang aku rasa macam aku buat semua benda ni sekali harung aje. Semua dalam satu.

Sebelum tidur adalah masa yang paling best untuk aku lakukan semua benda-benda tadi.

Masa ni lah aku akan terkenangkan macam-macam perkara yang pernah, bakal atau tak akan pernah berlaku.

masa silam.

masa sekarang.
masa depan.
malah masa yang tak pernah wujud dalam hidup aku pun ada.

Aku pasti akan ketawa dan gelak kecil.

Sengih sorang-sorang macam orang gila.

dan sesekali meleleh air mata juga.


Bukan setakat air mata, segala jenis air yang lain pun meleleh ikut masa dan situasi.

Air liur.

Air hidung.

Air peluh.

Dan air-air yang sewaktu dengannya.

Senang cerita segala jenis air yang boleh dihasilkan oleh manusia.

Jadi pandai-pandai lah kamu semua fikirkan sendiri iye!


Dulu ustaz aku pernah cakap

"sebelum kamu tidur maka elok benar jika kamu musahabah diri terlebih dahulu..."


Maka renung-renungkan dan selamat beramal.

25.1.10

cerita aku

aku masih bernyawa lagi.

jadi aku masih mahu menulis.
walaupun hanya sesekali.

banyak yang mahu aku cerita.
cerita pasal itu,
cerita pasal ini,
cerita pasal mereka,
cerita pasal dia,
cerita pasal aku.

tapi aku mahu cerita pasal aku.
kali ini hanya tentang diri aku.
hanya aku.

aku seorang lelaki tulen.
bukan jenis yang lemah-lembut,
bukan jua jenis yang badan ketul-ketul,
hanya lelaki yang cukup syarat untuk dikategorikan sebagai lelaki.

aku seorang manusia biasa.
bukan makhluk asing yang punya piring terbang,
bukan jua makhluk halus yang tidak boleh dilihat,
hanya manusia yang cukup sifat seperti manusia biasa yang lain.
tiada yang pelik dan tiada yang luar biasa tentang aku.

mahu tahu tentang aku?

yang nampak gembira di luar tapi punya sedih di dalam.
yang ada masanya membiarkan emosi mengawal dirinya.
yang senang dihampiri tapi kadang-kadang sukar dipahami.
yang suka bikin ketawa untuk orang lain tapi bukan diri sendiri.
yang banyak berfikir tentang macam-macam tentang diri dan orang lain juga.
yang mulutnya bisa riuhkan dunia tapi kadangkala hanya diam tanpa sebarang kata.

ini semua hanya sebahagian tentang aku.
jika mahu dituliskan semua tentang aku,
maka sepurnama pun belum tentu sempat aku ceritakan tentang aku.

mahu tahu tentang aku lagi?
mungkin di lain hari.

barangkali esok lusa aku mahu cerita pasal dia pula.

10.1.10

hampa

jarang-jarang sekali aku ada masa untuk menulis sejak akhir-akhir ini.
nafsu untuk menulis itu ada tapi ada sahaja perkara yang membataskan.

jadi pabila punya peluang untuk memuaskan nafsu menulisku ini,
aku gagahi jua jari jemari untuk menari di atas keypad komputer ribaku.

entah apa irama yang dimainkan dari minda mahupun hati aku kali ini,
seperti tidak senada dengan tarian jari jemari.
tariannya tak indah. sumbang!
betul cakap seniman agung tanahair, P.Ramlee pernah bilang dalam lagu Getaran jiwanya;
andai dipisah lagu dan irama...
lemah tiada berjiwa...hampa...

sememangnya hasilnya hampa tak seperti yang diharapkan.
hampa.

aku hampa.

1.1.10

dua ribu sepuluh


hari ini adalah hari pertama pada tahun 2010.
maka kita masih ada 364 hari lagi untuk dilalui pada tahun 2010.
nampak macam lama lagi kan? tapi sebenarnya tak lama. percayalah.
macam tahun 2009 yang dah meninggalkan kita.
manfaatkan setiap hari yang ada untuk diri kita.
jadikan setiap hari yang ada bermakna dalam hidup kita.
tak nak cakap banyak.
jumpa lagi esok ke tulat tak pun minggu depan.