18.12.09

Tahniah Malaysia!

Tahniah diucapkan kepada pasukan bolasepak B-23 Malaysia kerana berjaya menewaskan Vietnam pada final bolasepak Sukan SEA semalam. Akhirnya kemarau pingat emas selama 20 tahun berakhir jua.

aku gumbira.


video

17.12.09

perbualan tentang perubahan

pada suatu masa yang hening di suatu daerah yang tak dapat dikenal-pasti dimana, kedengaran suatu perbualan yang sayup di telingaku ini...

A: aku rasa aku nak berubah laa...

B: kau nak berubah jadi apa? jadi ultraman ke?

A: ultraman? benda apa tu? species baru beruang panda ke?

B: e'eleh, kau ni..ultraman pun kau tak tau apa. ultraman tu sejenis makhluk asing yang amat mesra dengan manusia. matanya bersinar-sinar umpama bulan mengambang. dia sangat hebat, aku sangat kagum dan kagek dengan ultraman...

A: kau ni merapu je pandai, takde maknanya aku nak berubah jadi ultraman. aku cuma nak berubah jadi diri aku yang lebih baik.

B: eh bukan kau dah cukup baik ke sekarang ni? kau nak jadi lebih baik macam mana lagi?

A: aku mahu jadi lebih baik dari sekarang lah...aku rasa aku perlukan perubahan. yela walaupun kita rasa dah cukup bagus pun tapi kalau kita asyik di takuk lama je, kita tak akan kemana, kita tak akan maju bukan. jadi aku rasa aku perlu mengubah diri aku jadi yang lebih baik, lebih bagus.

si B terkedu seketika mendengar kata-kata yang keluar dari mulut si A.

B: hmmm....kata-katamu ini memang sungguh dalam maknanya. tak sangka pulak aku yang kau mampu berpikir sebegitu rupa. tapi macam mana kalau perubahan kau tu nanti orang lain tak dapat terima?

A: biarlah, aku berubah bukan sebab orang lain. aku berubah sebab diri aku. lagipun kita tak dapat nak puaskan hati semua orang. aku tak mampu nak jaga hati semua orang, sedangkan hati sendiri pun kadang-kadang tak terjaga ini kan pula hati orang.

B: mana boleh biar macam tu je... kita kena jugak jaga hati orang lain, kita bukannya hidup sorang2 je kan? tak begitu?

A: hmmm...ada benarnya jugak kata-katamu itu. tapi macam aku cakap tadi, kita tak mampu nak puaskan hati semua orang. kau kena paham tu. apa guna kalau kita buat orang lain bahagia tapi diri kita sendiri yang merana? aku bukannya mahu pentingkan diri tapi aku cuma mahu diri aku gembira. penting diri tak bermakna aku abaikan orang lain. apa yang penting aku tak susahkan orang lain.

B: jadi, kau benar-benar nekad nak berubah lah ni?

A: a'ah, dah lama aku pikirkan pasal perubahan diri aku ni. kalau aku tak berubah sekarang, aku takut aku akan jadi lebih teruk pulak nanti.

B: kau betul-betul yakin dengan keputusan kau ni?

A: aku pasti sebenar-benar pasti!

B: macam mana pulak dengan aku nanti lepas kau berubah?

A: kau pun ikutlah macam aku, kita berubah. kita kena berubah demi kebaikan diri kita sendiri.

B: tapi......

A: takde tapi-tapi lagi....tak mahu lagi ku dengar alasan darimu.

B: kejap, biar aku pikir..

A: kau nak pikir apa lagi?

B: sabarlah....ni demi masa depan aku jugak.

A: ok. dah abis pikir bagi tau aku.

5 saat kemudian....
A: dah abis pikir belom?

B: belom...kejap....

5 jam kemudian...
A: dah abis pikir belom?

B: belom..kejap...

5 hari kemudian...
A: dah abis pikir belom?

B: belom..kejap...

5 tahun kemudian...
A: dah abis pikir belom?

B: belom..kejap...

dek kerana si A tak mampu lagi untuk bersabar menunggu jawapan dari si B maka si A nekad meninggalkan si B sendirian. maka si A terus maju melangkah ke hadapan kerana keberaniannya untuk berubah manakala si B masih tidak berubah, dia masih si B yang dulu. si B yang masih tiada jawapannya.





10.12.09

Seminggu sekali

Seminggu sekali kau datang padaku
Membawa cinta yang suci
(Amboi amboi enak... 2X)
Seminggu sekali ku dimanja-manja
Dan disayang-sayang dirimu
(Amboi amboi enak... 2X)
Korang tau tak ni lirik lagu apa? alaaa lagu ni popular masa zaman dangdut gedut dulu..ni lagu senggol-senggolan cubit-cubitan dangdutan mas idayu. siapa yang kaki dangdut mesti layan punyalah lah lagu ni. aku bukan kaki dangdut, aku cakap awal2..tak percaya sudah malas nak layan. hehehe.

Yang menariknya lagu ni kat lirik "amboi amboi enak".
aku cuba pikir apa yang enak?
aku cuba bayangkan apa yang enak?
aku dah cuba pikir tapi masih kabur pasal enak tu..apa kata korang pulak tolong pikir kan bak kata nabil lu pikirlah sendiri!

Cukuplah aku mengarut, tujuan aku tulis kali ni bukan nya nak buat ulasan pasal lagu dangdut ni. pada kaki dangdut perut gendut tolong jangan marah aku sebab buat publisiti murahan pasal dangdut.

Sejak kebelakangan ni, seminggu sekali baru aku ada nafsu nak update blog aku yang tak berapa nak best ni. Nak kata aku sebok, takde lah sebok sangat macam perdana menteri planet pluto cuma itulah aku pun tak tau nak jelaskan. Banyak benda nak aku ceritakan tapi nafsu dan sifat malas yang membataskan. Tapi memang enak sekali bila dapat melepaskan gian menulis aku walaupun seminggu sekali aje, mungkin itulah yang dimaksudkan dalam lirik lagu dangdut gendut kat atas tu tadi.

Oklah, otak aku tak berapa nak berfungsi lah sekarang ni. Nak tulis pun rasa macam tak berapa best aje. Jumpa lagi minggu depan.

Sementara tu kepada siapa yang berminat untuk muat turun lagu dangdut terbaru sila layari laman web www.kakidangdutperutgendut.com


1.12.09

kala hujan

Kala hujan turun dari langit

Aku hanya duduk termenung melihat

Titis-titis air yang jatuh berderai

Hati jadi tenang bikin Minda jadi senang

Hujan terus turun, makin lebat

Aku terus melayangkan fikiran

Ruang otak di kosongkan

Ruang jiwa di tenteramkan

Beri aku ilham untuk berpuisi


tetiba aje rasa nak berpuisi bila tengok hari hujan.
puisi la sangat kan? hehe.