2.10.09

Tra-GEDIK dan PERIT-tiwa OKTOBER

Oktober dah tiba. Di petang kedua bolan oktober ni, aku mengGEDIKkan jari jemari untuk menulis pelbagai peristiwa yang bakal buat PERIT di JIWA aku sepanjang bolan oktober. Minggu depan, 5 & 6 Oktober ada 2 test menanti aku, Double Trouble Test. pastu Aku kenakan siapkan Final Year Projek lagi sebab 17 Oktober adalah hari paling keramat iaitu hari aku kena present pasal projek aku depan panel hakim/juri paling profesional terdiri daripada para lecturer aku yang sedia untuk membuat budak-budak rasa kecut perut,serabut,kelam-kabut dengan soalan-soalan yang tak pernah kitorang jemput. Selepas PERIT-jiwa ni, 30 Oktober kena hantar softbound copy plak. Dan tidak dilupakan jua, FINAL EXAM bakal bermula pada 28 Oktober (harap-harap la paper aku start lambat ckit...kalo tak mampos aku!).

p/s: Dan sepanjang aku menulis post ni, lagu 'tragedi oktober' dendangan awie berkumandang di telinga aku yang tak berapa nak capang ni.

1 comment: