8.10.09

AKU akui AKU

** sekarang **

AKU rimas, AKU lemas
kesibukan dunia memang sentiasa datang merampas
masa AKU yang dianggap begitu bernilai bak emas
saat AKU leka dan lalai nah terus pantas ia dikebas
lantas terus membuatkan diri AKU berasa cemas

** dan kini **

AKU serabut, AKU kelam kabut
kesibukan dunia yang datang bak taufan dan ribut
dia hadir tanpa perlu AKU datang menjemput
dia muncul tanpa perlu AKU sebut-sebut
AKU sesak kerna nafasku kini dah mula semput

** namun sebenarnya **

AKU tak perlu gelabah,
AKU tak perlu gelisah,
hanya kerna sekali umah AKU runtuh dan roboh
dek kerna dipukul ganas oleh ombak dan bah
AKU harus pantas bangun selepas rebah
jiwa mahu kuat, hati mahu tabah

** cuba jadi macam dia **

jadilah secekal dan setekun si labah-labah
seorang diri membina sendiri empunya rumah
tak pernah membebel apatah lagi melatah
dia teruskan usaha hingga segalanya nampak gah

** ataupun cuba lihat mereka **

badan tak perlu besar dan gagah
tapi punya bisa yang bisa buat kau berdarah
siapa mereka? apa kau tak kenal sama si lebah?
dia memang rajin dan tak pernah nak mengalah
buat kerja demi permaisuri tanpa berbalah

** di akhir nanti **

segalanya berlaku mungkin kerna AKU ambil mudah
semua benda AKU buat hanya endah tak endah
orang cakap AKU jarang nak ambil kesah
padan muka sekarang AKU jugak yang susah

** maka **

apa yang penting AKU harus ingat kata-kata mak dan abah
"anak..tuntutlah ilmu kerna itulah harta yang paling mewah"
kerna ilmu berguna akan kekal sampai ke sudah
manfaatnya tak hilang walaupun AKU dah jadi arwah

** baiklah **

cukuplah sampai di sini AKU bermadah
sebagai ingatan buat AKU yang punya maruah

** sekian sahaja **

hasil coretan
pap persie


jalan raya kekadang sibuk tapi kekadang tak sibuk.
kalo nak melintas, kita akan tengok kiri, kita pandang kanan.
kita dah yakin selamat baru kita melintas.
macam tu jugak lah dengan hidup kita ini.
kekadang sibuk sangat tak ingat dunia tapi ada masa rilek yang amat.
apa yang penting? kerjasama.....eh bukan tu wonderpet.
apa yang penting kita buat keputusan yang tepat dan bijak.





17 comments:

Hafiz Hamid said...

setuju, ilmu itu paling bernilai

joegrimjow said...

kene pandang atas jugak skali skala ;)

tricksrex said...

kagum aku dgn ayat ko..sgt menarik tp simple + sng phm..hehehe

PAP said...

hafiz: ilmu tu mmg tiada tandingannya..tanpa ilmu kita nk watpe pun xtau kn?

joe: yup..patutnya kita kena pandang sume arah..atas..bawah..kiri..kanan..kita bukan hidup sorang2 dlm dunia ni.

trex: ayat-ayat pap..hehe..

Min said...

salam singgah...

PAP said...

singgah la wahai "perempuanku" tak salah tak kena bayar tak kena saman pun..hehe

kuina said...

ilmu itu pelita hidup..

PAP said...

ilmu bukan stakat pelita malah cahaya segala cahaya kerana tanpa ilmu dunia kamu akan gelap...

hazila said...

Salam singgah. Itulah lumrah hidup,apabila sibuk kita tertanya tanya bila nak rileks. Bila dah lama rileks, kita bosan dan mula buat buat sibuk.
(kalau tak faham pun buat buat faham lah ye....)

PAP said...

thanks zila coz sudi singgah...manusia tak pernah rasa puas. susah sangat nak rasa syukur atas nikmat Tuhan. susah sangat ke?

adorable ANUM said...

nice 1!
how i wish 2 hv a talent 2 write!
(haha..da xbsyukur da ni!)
*istighfar*

PAP said...

to ANUM: setiap insan punya keistimewaan. kamu juga ada.cuba cari.jumpa tak?

adorable ANUM said...

jumpe.tapi....
nk keistimewaan yg camni jugak!
*tamak!*
hahaha

PAP said...

to ANUM: nak jugak ek..mungkin boleh pupuk. apa blog kamu ye?

adorable ANUM said...

ade link kat my fb
singgahla..
br je mule
xreti la..
huhuhuhu..

PAP said...

kamu punya email ape anum..kamu ni sungguh misteri la..huhuhu

adorable ANUM said...

misteri ape nye?
omg..haha..
my email..
adorableanum@gmail.com
:)