16.10.09

Kau-laulah...

" 'MUNGKIN' itu hanya untuk orang yang tak bersyukur "

aku tertarik dengan kata-kata ni yang dipetik dari filem PAPadom yang baru aku tengok tadi dengan kawan-kawan aku. akhirnya dapat jugak aku tengok PAPadom setelah beberapa kali terpaksa ditunda waktunya dek kesebokan dunia yang aku alami sekarang. puas dan seronok. dua kata dari aku untuk filem PAPadom. cukup pasal PAPadom jadi kalau nak tau lebih-lebih silalah pergi beli tiket wayang dan tengok sendiri. cakap banyak takde guna.

manusia memang tak pernah rasa puas kan?
dah memang lumrah dan fitrah manusia macam tu ke?
atau manusia sendiri yang pandai-pandai cipta semua ni?
suka sangat nak mengeluh pasal benda yang dah jadi!
sentiasa nak persoalkan segala benda!

"kalaulah aku buat camni......"
"mungkin kalau aku tak buat camtu...."
"aku mesti dapat buat kalau......"

semua ayat-ayat ini selalu diungkapkan oleh makhluk yang bernama manusia
manusia yang tak pernah rasa bersyukur dengan apa yang ada
manusia yang susah nak terima hakikat dan kenyataan hidup
manusia yang asyik nak mengeluh dan membebel yang ntah apa-apa

aku selalu pegang pada kata-kata ni

"setiap perkara yang berlaku dalam hidup kita pasti ada hikmah di sebaliknya "

dan ini juga

"dan sesungguhnya Allah itu tidak akan membebani hambaNya dengan perkara yang tidak mampu dihadapi oleh hambaNYa"

sebab hidup kita kalau terlalu sempurna mesti bosan jugak kan?




16 comments:

The Hobbit Frodo said...

kadang manusia cepat leka bila senang dan mudah mengeluh bila susah. sangat complex ~


>>_____<<

chipsmore said...

terharu baca pos ni ;)

PAP said...

to mr.FRODO: kalau dah namanya manusia kan? nak wat camne? betul tak?

to miss CHIPSMORE: terharu? ada kesan kat kamu?

tricksrex said...

aha..aku baru ingat nk wat post pasal kalau ni tp tros xjd lpas bace pos ko ni pap..timbul kesedaran di sini..

Samaira said...

betul sokong kamu
kalau mengeluh pun bkn dpt ape2
ramai lagi manusia yg punya masalah2 yg lagi berat
tp sbg manusia kdg2 kita lupa..hehehe

PAP said...

to T-REX: ooo yeke..wah kita punya rasa isi hati yang sama siot. biar betul? hehehe...jom insaf dan sedar sama-sama!

to SAMAIRA: aah kan..mengeluh sampai berpeluh-peluh pun kita tak akan dapat kembali ke masa lalu untuk betulkan segalanya. jadi terima seadanya!

ZULKIFLI BIN MOHAMED said...

Salam Pap Persie,

"jejak ke sini - terima kasih kunjungan ke KOTA PUISI".

Kucing Itam said...

best kan citer PAPadom?? Mash ketawa, nangis, menyampah... semua ade.. CUKUP RASA!~~

ewah, mcm iklan maggi plak! =P

ZaHra_SaFia said...
This comment has been removed by the author.
ZaHra_SaFia said...

ehemm..perlukah pktaan "PAP" itu di bold kan? haha..
anyway..fitrah manusia mmg cmtu.. andai dpt ku undurkan putaran dunia - AXL's
=p

sI tEDI said...

belum sempat tgk lagi.. aduhai..

PAP said...

to ZUL: jejak la slalu ke sini..tak salah tak kena bayar pun..

to MASH: filem PAPadom memang secukup rasa macam PAPadom kan..hehe

to ZAHRA: kena bold sebab itu hak milik terpelihara PAP persie. hehe..fitrah manusia yg tak akan berubah kan?
wah layan rock kapak..cayalah.

to TEDI: kamu patut tengok PAPadom. kamu tak akan rugi.

Precious said...

Itulah manusia .. tak jemu2 cari kepuasan ...

f.a.r.a.h said...

perkataan KALAU da jadi macam kawan baek manusia pon. Xboleh nak pisah kan.

anyway, keep on writing! i love 2 read ur blog~~ =D

PAP said...

to precious: kepuasan itu subjektif...ada sejuta satu jenis kepuasan. tapi kalau manusia miliki segala jenis kepuasan pun, manusia akan rasa puas ke?

to f.a.r.a.h: manusia yang tak punya kawan beginilah jadinya kan?

syukrina othman said...

itulah kehidupan..
kerna itu adanya pahala & dosa..
adanya neraka & syurga..
adanya janji baik & janji buruk..

yang adanya suka duka, susah senaang..

hehehe..mungkin dah out dari entry ni lah..hehehe..

anyway thanks tengok & jengok my humble blog..

syukran jazilan..