23.11.09

kawan-kawan

kata maaf mendahului tulisan aku kali ni sebab dah lama aku tak beri peluang kat jari jemari aku untuk menari riang mengikut rentak irama hati dan minda yang sentiasa serabut tak kira apa jua situasi.

orang selalu cakap

kita jarang nak hargai sesuatu yang ada di dalam hidup kita sampailah kita kehilangan sesuatu itu.


betul tak? bila aku pikir2 balik memang ada kebenarannya.
sama ada lumrah manusia ataupun sifat kelemahan manusia mahupun kealphaan manusia yang menjadikan kita sebegini. aku tak tahu. aku memang tak tahu.

topik kali ni sebenarnya aku nak cakap mengenai sesuatu yang buat hidup kita begitu menarik iaitu K.A.W.A.N

aku pasti semua orang punya kawan.
sama ada sikit atau banyak, tapi aku yakin kita semua pasti miliki kawan.
seorang, dua orang, berpuluh-puluh orang, mahupun berjuta-juta orang.
tak kisah lah kawan kita itu orang ataupun adik-beradik beruang.
yela maksud aku binatang2 kesayangan kita lah macam kucing, hamster dan lain2 binatang comel lagi yang kita jadikan macam kawan kita.

aku pasti kita semua tak boleh hidup sendiri.
mahu atau tidak, kita perlukan kawan dalam hidup ni.
kalau tak hidup kita akan sunyi, kosong, bosan dan segala macam jenis perasaan yang kita semua tak suka dan benci berada dalam hati.
aku tak percaya pada orang yang cakap kita boleh hidup tanpa kawan. aku yakin orang tu hanya tipu diri sendiri ataupun sekadar memberi harapan palsu kepada diri sendiri ataupun mereka termakan hasutan syaitan supaya mereka hanya berkawan dengan syaitan dan kemudian hanyut tanpa pegangan.

aku pasti tidak semua kawan-kawan itu menyenangkan kita.
kawan-kawan kita punyai pelbagai ragam dan perangai masing2.
yela tak akan lah semua kawan-kawan kita semuanya sama je, yang tu bukan manusia dah namanya, tu dah macam robot je. aku tak mahu kawan dengan robot. silap2 aku pulak yang jadi robot! melayan karenah kawan-kawan memang letih tapi sebenarnya itulah kehidupan. mana ada kehidupan yang sempurna, segalanya suci tanpa masalah. ada ke? tak akan ada. memang tak akan ada. aku banyak kali cakap kalau hidup kita terlalu sempurna, mesti bosan punyalah.

aku pasti kita merindui memori2 bersama kawan-kawan.
saat2 manis, kenangan terindah mahupun suka-duka bersama kawan-kawan sukar untuk dilupakan. kita pasti akan teringat kembali kisah2 waktu dengan kawan-kawan. kengkadang kita akan senyum sorang-sorang bila mengimbau balik zaman waktu kita kat sekolah dulu dengan kawan-kawan. kengkadang ada jugak yang menangis menitis air mata dan hingus sebab sentimental sangat melayan memori dengan kawan-kawan. jangan tipu diri sendiri lah wei..kita semua sama je. aku pun pernah rasa perasaan ni. aku sentimental biarlah.

sepanjang aku hidup 22tahun kat dunia ni aku sememangnya punya banyak kawan-kawan.

kawan-kawan masa kat Tadika Kemas Kuala Sepetang.
kawan-kawan masa kat Sek. Keb Laksamana,Kuala Sepetang.
kawan-kawan masa kat Sek. Keb.Taiping.
kawan-kawan masa kat MRSM PDRM, Kulim.
kawan-kawan masa kat MRSM Taiping.
kawan-kawan masa kat Kolej Matrikulasi Pulau Pinang
kawan-kawan masa kat UiTM Shah Alam.

tak lupa juga

kawan-kawan facebook
kawan-kawan friendster
kawan-kawan blogger
kawan-kawan siber
kawan-kawan sekampung
kawan-kawan kepada kawan-kawan

dan akhir sekali

kawan-kawan di masa hadapan.

aku nak kamu semua tahu wahai kawan-kawan, aku sangat menghargai persahabatan kita. sesungguhnya hidup aku akan kosong tanpa kamu semua. Kawan-kawan seperti kamu sememangnya cukup bermakna bagi aku. maaf aku tak dapat nak tulis nama kamu satu per satu tapi jika kamu adalah kawan aku maka kamu tahu siapa kamu.

aku pasti aku juga adalah kawan.
aku pasti kamu juga adalah kawan.
kita semua adalah kawan.


8 comments:

myQza said...

aduhai.. untungnya jika punya kawan sepertikamu yg tahumenghargai kawan..


aku banyak kawan..

sahabat tiada!

chokio_nia said...

aku ade kwn yg bole idop tanpe kwn..siyes...

PAP said...

TEDI: aku juga manusia biasa. aku hanya kawan biasa untuk manusia.

CHOKIO: serius? kawan kamu itu manusia kah? makhluk asing mungkin.

Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ tinieƸ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙ said...

aku juga kawan kamu :)

PAP said...

TINIE: aku,kamu,dia,mereka, adalah kawan kan? kita je tak perasan yang kita dihubungkan sesama kita.

zatilzuhdi said...

nak bersuara ni bleh? hehe..

salam perkenalan.sekian.

~~Cho KyuYONZ~~ said...

salam.. kwn mmg senang dicari..
sahabat mmg sukar sekali..

kenapa perlu tinggalkan sahabat utk orang asing yg bru masuk dlm hidup kita?

dan berpura-pura orang lain lebih mengenali kita sedangkan dulu, tiada sebarang rahsia..

sahabatkah itu?


sorry, emo sket..

hehehee...

PAP said...

ZATIL: dengarkanlah suaramu di sini. tak salah.aku tak halang. salam perkenalan juga buat kamu wahai kawan.

XY_XY: yang meninggalkan kamu untuk orang lain biarkanlah dia..kamu tak rugi apa2 kan? perasaan perlu dilayan dengan rasional.