aku akan mula bertempur dan berjuang.
dugaan memang bertubi-tubi datang ketika ini.
serangan dari dalam bak musuh dalam selimut.
wahai
malas.leka.lesu.lalai.longlai
berambus kalian dari diri aku!
kalian tiada tempat dalam daku!
tidak lupa juga musuh2 dan anasir2 luar yang durjana.
sentiasa mencari ruang dan peluang untuk menyelinap.
sang nafsu yang mahu melemaskan dan menghanyutkan.
segerombolan syaitan yang selalu menghasut jahat.
aku perlukan persiapkan diri dengan segalanya.
kerana untuk aku melawan seorang tampak mustahil.
dengan itu maka aku seru panglima2 kesatriaku.
mereka sememangnya memberi aku kekuatan abadi.
wahai
rajin.semangat.fokus.tabah.
datanglah kalian kepada daku!
kalian amat diperlukan untuk peperangan aku.
tidak akan aku lupa kepada DIA YANG MAHA ESA.
mohon dan tawakal lah kepada-NYA.
aku hanya mampu berusaha dan merancang.
namun DIA yang menentukan segalanya.
nota kecik: FINAL EXAM aku akan bermula 31OCT diikuti 1,8,9NOV
dan berakhir pada 13NOV. Doakan kejayaan aku.mana tahu ada diantara
kalian yang makbul doanya.aminnnnnnnnnnn....