28.10.09

kesah si perjuang-angan

dalam beberapa hari sahaja lagi.
aku akan mula bertempur dan berjuang.
dugaan memang bertubi-tubi datang ketika ini.
serangan dari dalam bak musuh dalam selimut.

wahai

malas.leka.lesu.lalai.longlai

berambus kalian dari diri aku!
kalian tiada tempat dalam daku!


tidak lupa juga musuh2 dan anasir2 luar yang durjana.
sentiasa mencari ruang dan peluang untuk menyelinap.
sang nafsu yang mahu melemaskan dan menghanyutkan.
segerombolan syaitan yang selalu menghasut jahat.

aku perlukan persiapkan diri dengan segalanya.
kerana untuk aku melawan seorang tampak mustahil.
dengan itu maka aku seru panglima2 kesatriaku.
mereka sememangnya memberi aku kekuatan abadi.

wahai

rajin.semangat.fokus.tabah.

datanglah kalian kepada daku!
kalian amat diperlukan untuk peperangan aku.


tidak akan aku lupa kepada DIA YANG MAHA ESA.
mohon dan tawakal lah kepada-NYA.
aku hanya mampu berusaha dan merancang.
namun DIA yang menentukan segalanya.


nota kecik: FINAL EXAM aku akan bermula 31OCT diikuti 1,8,9NOV
dan berakhir pada 13NOV. Doakan kejayaan aku.mana tahu ada diantara
kalian yang makbul doanya.aminnnnnnnnnnn....

24.10.09

aku rasa

aku rasa

LEGA dan PUAS

sebab

presentation thesis aku dah selesai semalam
jika tidak selama ini aku memang kabut-kelam
aku rasa lemas macam kapal yang tenggelam
syukur alhamdulillah, "now i can be calm"

aku rasa

PENAT dan LETIH

sebab

dah nak dekat final pun masih ada test dan ASSignment
tapi nak buat macam mana dah memang itu tugas student
kalau aku asyik rasa malas baik aku kerja basuh semen
syukur alhamdulillah, "i'm still can be better man"

aku rasa

GELABAH dan CUAK

sebab

final exam aku bermula minggu depan
masa ini mulalah rasa serabut seraban
aku suka tak suka, aku tetap kena layan
yang penting aku kena teruskan perjuangan
syukur alhamdulillah, aku masih ada TUHAN