6.10.09

Hari KERA-AMAT

jam dua lima puluh petang

habis je kuliah dr.A, tetiba kedengaran suara berkumandang dari microphone berbunyi begini..

"assalamualaikum, mintak perhatian jap ek. ni ade pesanan daripada pn.Az, die bagitau yang tarikh presentation akan ditunda dari 17hb oktober kepada 24hb oktober ni....bla..bla..bla..korang setuju tak? "

tik..tok..tik..tok..

"kamiiiiiii sssseeeetttuuuujjjjuuuuuuuuuuuuuuuuuu......................."

jeritan kuat selautan manusia memanaskan lagi keadaaan dewan kuliah yang dah sememangnya panas yela mana kan tidak, boleh pulak air-cond dalam dewan kuliah tu rosak tapi nasib baik la ade letak kipas kalo tak memang dah macam neraka dunia rasanya.

berbalik kepada penundaan tarikh presentation a.k.a HARI KERA-AMAT bagi bebudak final year food-techn UiTM Shah Alam, ramai yang bersorak gembira dengan berita ni. yela at least kitorang ade lagi ruang masa untuk kami semua bernafas. kalo tak sebelum ni semua gelisah, keluh-kesah, resah, gelabah, kelam-kabut, serabut dan memacam lagi sindrom kurang sehat yang melanda diri. tapi kini sekurang-kurang nya dapat jugak kami kembali mengukir senyuman walaupun tak lama.

ape-ape pun aku nak ucapkan good luck kepada rerakan seperjuangan aku untuk presentation final year projek di HARI KERA-AMAT iaitu 24hb oktober 2009 nanti.


2.10.09

Tra-GEDIK dan PERIT-tiwa OKTOBER

Oktober dah tiba. Di petang kedua bolan oktober ni, aku mengGEDIKkan jari jemari untuk menulis pelbagai peristiwa yang bakal buat PERIT di JIWA aku sepanjang bolan oktober. Minggu depan, 5 & 6 Oktober ada 2 test menanti aku, Double Trouble Test. pastu Aku kenakan siapkan Final Year Projek lagi sebab 17 Oktober adalah hari paling keramat iaitu hari aku kena present pasal projek aku depan panel hakim/juri paling profesional terdiri daripada para lecturer aku yang sedia untuk membuat budak-budak rasa kecut perut,serabut,kelam-kabut dengan soalan-soalan yang tak pernah kitorang jemput. Selepas PERIT-jiwa ni, 30 Oktober kena hantar softbound copy plak. Dan tidak dilupakan jua, FINAL EXAM bakal bermula pada 28 Oktober (harap-harap la paper aku start lambat ckit...kalo tak mampos aku!).

p/s: Dan sepanjang aku menulis post ni, lagu 'tragedi oktober' dendangan awie berkumandang di telinga aku yang tak berapa nak capang ni.