15.2.11

menyampah

aku kini di dalam fasa untuk mengaktifkan kembali jari jemari dan jugak otak fikiran untuk menulis semula kerana sejak kebelakangan ini, terasa tersangatlah kurang rasanya belog ini diisikan dengan tulisan-tulisan comot aku. Bukan tidak mahu menulis tapi kekadang kemalasan yang datang menyerang diri sememangnya sangat kritikal sehingga belog ini dibiarkan sepi tanpa kata-kata. Sesungguhnya motivasi tahap gaban diperlukan untuk membarakan semangat untuk menaip kata-kata yang seterusnya menghasilkan tulisan-tulisan bagi menghiasi laman belog yang sememangnya gelap gelita ketika ini. sangat suram keadaan belog ini sekarang. barangkali harus ditambah dengan lampu lip-lap-lip-lap supaya mungkin ceria sedikit suasana macam nak sambut hari raya. merepek meraban dengan menulis amat menghiburkan hati sendiri walaupun orang lain tidak paham namun apa aku kesah?

semoga aku akan terus menulis.

walaupun orang menyampah.

yang penting jangan buang sampah merata-rata.

4 comments:

niesz said...

keep blogging.. :)

Nor Liyana Sana'a said...

orang hanget bercinta memang bgitu..trutama lelaki..:P
maaf kalu fakta salah,,
teruskan berblogging mr comel :P :P

Nor Liyana Sana'a said...

orang hanget bercinta memang bgitu..trutama lelaki..:P
maaf kalu fakta salah,,
teruskan berblogging mr comel :P :P

PAP said...

saya sayang pengomen2 saya yang comel2 belaka.

pengomen + comel = pengomel..hehehe