aku mahu lari.
aku nekad
sudah lama aku begini
kali ini pasti
tiada lagi alasan harus diberi
semua ini untuk diri sendiri
apa kata orang tak mahu peduli
aku mahu lari
akan paksakan diri
untuk melangkahkan kaki
bermula esok hari
segalanya akan berubah nanti
insyaAllah dengah izin Ilahi.
nota tapak kaki: aku sebenarnya hanya nak lari mengeluarkan peluh aje a.k.a. jogging. Jadi jangan salah paham atau salah tafsir tau.bak kata orang putih yang tak berapa nak putih "dont judge a book from its cover girl"
No comments:
Post a Comment