7.1.11

keluh kesah aku tak kesah

tahun baru telahpun dimulakan beberapa hari yang lalu.

semua orang akan cakap pasal azam tahun baru.
mahu jadi macam itu lah,
mahu jadi macam ini lah,
mahu jadi macam pak lah pun ada kot.
tak kesah lah kan hidup masing-masing.
kalau nak jadi kedekut taik hidung masin.
itu pun tak ada salah dan tak perlu aku kesah.

apa yang penting?
bukan kerjasama sebab aku bukan wonderpet mahupun wondergirls.
hanya satu yang perlu untuk diri aku
iaitu menetapkan kembali hala tuju
supaya aku tidak hanyut atau sesat
dalam kehidupan di sini dan di sana jua.

sememangnya sudah menjadi lumrah manusia
untuk menjadi yang lebih baik,
mahu mendapatkan yang terbaik,
dan ingin terus dalam keadaan baik.
tapi mungkin jugak ada sebahagian yang mahukan yang terbalik.
sebahagian manusia paranormal mungkin?

kurangkan mengeluh dalam kehidupan seharian sebab tak baik jadi insan yang tak bersyukur
banyakkan berpeluh dalam kehidupan seharian sebab aku dah makin tembam dan kembang

kurangkan pembaziran sebab sekarang semua benda harga makin naik, makin mahal
banyakkan menabung sebab untuk masa depan yang cerah, nak kawin nanti senang

kurangkan manis dalam minuman sebab harga gula makin mahal
banyakkan manis dalam senyuman sebab itu adalah sedekah

kurangkan ketawa terbahak-bahak sebab tak elok nanti hati makin lagho
banyakkan senyuman ikhlas sebab dapat buat sedekah dan dapat pahala free

kurangkan membuat dosa sebab tak mahu jadi hamba Allah yang hina
banyakkan buat amal ibadat sebab bila lagi nak tambah bekalan akhirat kan?

teruskan berpikiran positif
sebab bak kata dr. fadilah kamsah
insan yang cemerlang datang dari akal dan hati yang tenang, jiwa yang mantop!

hentikan tabiat negatif.
katakan tidak pada rokok dan perokok.

akhir kata,
amalkan gaya hidup yang sihat,

Selamat Tahun Baru 2011.









1 comment:

Che Kay said...

i like! btw good luck dengan segala azam atau pon keputusan yang bakal diambil~ =)