ketidaksempurnaan.
melihatkan sahaja dari susun atur huruf dan abjad perkataan ini sudah cukup untuk menggambarkan betapa 'tidak sempurna' nya maksud perkataan tersebut.
terimalah hakikat bahawa manusia biasa itu sangat penuh dengan ketidaksempurnaan.
"mana ada orang yang sempurna dalam dunia ini!"
betul ke tidak? Mari kita lihat.
Allah itu Maha Bijaksana sekali.
diciptakan-Nya manusia itu dalam keadaan yang tidak sempurna dan serba kekurangan supaya manusia dapat belajar untuk mengisi ketidaksempurnaan tersebut. memang benar, sesungguhnya manusia itu adalah sebaik-baik mahkluk yang diciptakan oleh Allah tetapi harus diingat bahawa masih terlalu banyak perkara yang harus dipelajari oleh manusia itu.
bukankah kehidupan ini suatu proses pembelajaran yang tidak akan tamat.
jadi jikalau manusia diciptakan sebegitu sempurna maka tidak akan ada apa-apa yang akan dapat dipelajari lagi. Maka proses kehidupan akan tamat kalau kehidupan terlalu sempurna.
jika difikir-fikirkan balik, maka sememangnya ketidaksempurnaan itu perlu bukan?
setiap manusia punya cara tersendiri untuk mengisi ketidaksempurnaan masing-masing.
kita tidak mungkin mampu untuk menjadi sempurna namun kita sentiasa boleh untuk menjadi yang lebih baik dari sebelumnya. semuanya bergantung kepada keupayaan kita untuk belajar dan mengambil pelajaran daripada apa yang telah dilalui didalam kehidupan itu sendiri.
seharusnya matlamat untuk mengejar kesempurnaan itu ditukar dengan membaiki ketidaksempurnaan yang ada kerana 'kesempurnaan' itu adalah sesuatu yang belum pasti manakala 'ketidaksempurnaan' itu pula adalah sesuatu yang sudah nyata. Maka lebih mudah untuk melihat yang nyata daripada yang belum pasti, bukan?
maaf andainya tulisan ini punya 'ketidaksempurnaan'.
nota kecik: Lihat sahaja Nabi Adam,kehidupan di dalam syurga yang sudah sebegitu sempurna itu pun masih Nabi Adam terasa kesunyian dan disebabkan itu Allah menciptakan Hawa sebagai pelengkap hidupnya.Dan dari cerita ini maka menunjukkan bahawa manusia ini memang tidak sempurna.
nota hati: apakah aku sudah temui 'Hawa' buat diriku? jeng..jeng..jeng.
No comments:
Post a Comment