23.11.09

kawan-kawan

kata maaf mendahului tulisan aku kali ni sebab dah lama aku tak beri peluang kat jari jemari aku untuk menari riang mengikut rentak irama hati dan minda yang sentiasa serabut tak kira apa jua situasi.

orang selalu cakap

kita jarang nak hargai sesuatu yang ada di dalam hidup kita sampailah kita kehilangan sesuatu itu.


betul tak? bila aku pikir2 balik memang ada kebenarannya.
sama ada lumrah manusia ataupun sifat kelemahan manusia mahupun kealphaan manusia yang menjadikan kita sebegini. aku tak tahu. aku memang tak tahu.

topik kali ni sebenarnya aku nak cakap mengenai sesuatu yang buat hidup kita begitu menarik iaitu K.A.W.A.N

aku pasti semua orang punya kawan.
sama ada sikit atau banyak, tapi aku yakin kita semua pasti miliki kawan.
seorang, dua orang, berpuluh-puluh orang, mahupun berjuta-juta orang.
tak kisah lah kawan kita itu orang ataupun adik-beradik beruang.
yela maksud aku binatang2 kesayangan kita lah macam kucing, hamster dan lain2 binatang comel lagi yang kita jadikan macam kawan kita.

aku pasti kita semua tak boleh hidup sendiri.
mahu atau tidak, kita perlukan kawan dalam hidup ni.
kalau tak hidup kita akan sunyi, kosong, bosan dan segala macam jenis perasaan yang kita semua tak suka dan benci berada dalam hati.
aku tak percaya pada orang yang cakap kita boleh hidup tanpa kawan. aku yakin orang tu hanya tipu diri sendiri ataupun sekadar memberi harapan palsu kepada diri sendiri ataupun mereka termakan hasutan syaitan supaya mereka hanya berkawan dengan syaitan dan kemudian hanyut tanpa pegangan.

aku pasti tidak semua kawan-kawan itu menyenangkan kita.
kawan-kawan kita punyai pelbagai ragam dan perangai masing2.
yela tak akan lah semua kawan-kawan kita semuanya sama je, yang tu bukan manusia dah namanya, tu dah macam robot je. aku tak mahu kawan dengan robot. silap2 aku pulak yang jadi robot! melayan karenah kawan-kawan memang letih tapi sebenarnya itulah kehidupan. mana ada kehidupan yang sempurna, segalanya suci tanpa masalah. ada ke? tak akan ada. memang tak akan ada. aku banyak kali cakap kalau hidup kita terlalu sempurna, mesti bosan punyalah.

aku pasti kita merindui memori2 bersama kawan-kawan.
saat2 manis, kenangan terindah mahupun suka-duka bersama kawan-kawan sukar untuk dilupakan. kita pasti akan teringat kembali kisah2 waktu dengan kawan-kawan. kengkadang kita akan senyum sorang-sorang bila mengimbau balik zaman waktu kita kat sekolah dulu dengan kawan-kawan. kengkadang ada jugak yang menangis menitis air mata dan hingus sebab sentimental sangat melayan memori dengan kawan-kawan. jangan tipu diri sendiri lah wei..kita semua sama je. aku pun pernah rasa perasaan ni. aku sentimental biarlah.

sepanjang aku hidup 22tahun kat dunia ni aku sememangnya punya banyak kawan-kawan.

kawan-kawan masa kat Tadika Kemas Kuala Sepetang.
kawan-kawan masa kat Sek. Keb Laksamana,Kuala Sepetang.
kawan-kawan masa kat Sek. Keb.Taiping.
kawan-kawan masa kat MRSM PDRM, Kulim.
kawan-kawan masa kat MRSM Taiping.
kawan-kawan masa kat Kolej Matrikulasi Pulau Pinang
kawan-kawan masa kat UiTM Shah Alam.

tak lupa juga

kawan-kawan facebook
kawan-kawan friendster
kawan-kawan blogger
kawan-kawan siber
kawan-kawan sekampung
kawan-kawan kepada kawan-kawan

dan akhir sekali

kawan-kawan di masa hadapan.

aku nak kamu semua tahu wahai kawan-kawan, aku sangat menghargai persahabatan kita. sesungguhnya hidup aku akan kosong tanpa kamu semua. Kawan-kawan seperti kamu sememangnya cukup bermakna bagi aku. maaf aku tak dapat nak tulis nama kamu satu per satu tapi jika kamu adalah kawan aku maka kamu tahu siapa kamu.

aku pasti aku juga adalah kawan.
aku pasti kamu juga adalah kawan.
kita semua adalah kawan.


14.11.09

bila dah tamat

Sebelum aku mengarut panjang
Aku ada satu pengumuman penting. Sila dengar.
(macam lah ada orang boleh dengar suara aku..)

FINAL EXAM AKU DAH TAMAT.

iyeeeee....tak dengar ke aku cakap tadi. kuat dah kot aku jerit tadi
(bayangkan je lah..).

final...exam...aku...dah...tamat....ada paham?





yabedabedoooooooooo......yuuuhhhhhuuuuuuuuuuuuuuuuuu.....
..

Antara kenikmatan dunia yang paling agung ialah bila kita dah abis exam. Serius aku tak tipu!
Sungguh nikmat. sangat-sangat nikmat. Perasaan aku sekarang memang tak dapat nak dibayangkan lah. Lagi nikmat bila ini merupakan final exam terakhir aku untuk ijazah sarjana muda sains dan teknologi makanan kat UiTM.

Sekarang aku dah takde nak serabut seraban nak pikir lagi pasal exam.
Aku tak perlu carut marut atau caci maki bila tengok soalan exam macam sial.
Aku tak perlu lagi nak sepak teranjang kerusi meja atau hentak kepala kat dinding pasal geram bila tak dapat jawab exam.
Aku dah tak perlu kot nak cekang mata, perah otak, perah keringat dan segala ape kejadahnya lagi benda-benda pelik untuk baca nota-nota yang sentiasa bikin kepala otak aku pening.
Nak kena hafal ini, nak kena paham itu, nak kena tau yang ini, nak kena ingat yang itu.
kadang-kadang aku rasa dah macam mesin scanner la plak!

Bila aku pikir-pikir balik kan, hidup aku selama ini memang diabdikan untuk belajar dari aku kecik molek tak baligh sampai lah aku dah besar panjang.

masuk tadika baru nak kenal A,B,C..1,2,3..
masuk sekolah rendah pulak banyak main je lebih...hingus pun meleleh lagi kot...
masuk sekolah menengah dah mula nak tunjuk macho depan awek...
masuk matrikulasi pulak belajar apa pun tak paham...bapak laju lecturer ajar!
masuk universiti dah mula kenal apa itu kehidupan...dah mula jadi matang...konon...

Perjalanan hidup aku dalam menuntut ilmu memang sangat sangat sangat lama siot. Memang sanggap dibuatnya. Aku rasa cukuplah untuk aku belajar secara formal.

aku dah malas nak masuk kelas.
aku dah bosan nak baca nota.
aku dah jemu dengan benda macam ni.
aku dah tak mampu lagi otak aku dah tepu.

Tapi dalam kehidupan ni pun kita memang sentiasa belajar benda baru.
kita belajar secara tak formal. belajar tentang erti kehidupan.
belajar macam mana nak hidup kan?

Ok lah.cukup untuk aku lepas gian menaip panjang gila babeng. Dah lama aku tak membebel meleret meleleleleleleh macam ni. Dah abis exam pun bosan gak sebenarnya. tak tau nak buat apa. Entahlah janji yang penting aku tak serabut serabai seraban.

otak aku rasa ringan siot! adios...

7.11.09

MALAS-sial

dua tiga hari ni,
benci sangat pada diri sendiri
sebab malas yang teramat sangat.
rasa cam nak tumbuk je muka ni.
geram betul. marah sangat.

tak boleh nak cinta diri sendiri
kalau diri jadi macam ni.

rimas.benci.lemas
serabut.serabai.

&(*^%$$%#%

*hentak kepala kat dinding*

nota kecik: esok dan lusa dah la ada exam pulak.
mampos la.

4.11.09

Semoga berjaya wahai aku


aku masih dalam perlu study.
ada lagi 3 paper sebelum final exam aku tamat.
perjuangan harus diteruskan.
jangan rasa malas.
jangan rasa lemas.
study and steady.
semoga berjaya wahai aku.

wahai TUHAN.

" ya ALLAH berilah kejayaan kepada hamba-MU yang lemah lagi hina ini.
tidak lupa juga kepada semua rakan-rakannya moga-moga kami berjaya
mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang.
Sesungguhnya hanya kepada-MU kami berserah "