5.2.11

Pabila Pap Berlari



TARIKH : 16 APRIL 2011
MASA : 9 MALAM
JARAK : 42KM, 21KM, 11KM, 5.5KM




Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa aku akan memasuki acara larian seperti dinyatakan di atas bagi 5.5km aje pun. Diharapkan tiada sesiapa yang terkejut dengan tindakan paradigma aku ini kerana semua ini dilakukan dengan hati yang rela, tanpa sebarang unsur paksaan atau hasutan dari mana-mana pihak ataupun setan.

Sebarang surat menyurat untuk memberi semangat ataupun tips2 kepada pelari pilihan anda ini sila hantarkan ke alamat seperti yang terlintas di kepala otak masing2. terima kasih.

2.2.11

aku mahu lari

aku mahu lari.
aku nekad
sudah lama aku begini
kali ini pasti
tiada lagi alasan harus diberi
semua ini untuk diri sendiri
apa kata orang tak mahu peduli

aku mahu lari
akan paksakan diri
untuk melangkahkan kaki
bermula esok hari
segalanya akan berubah nanti
insyaAllah dengah izin Ilahi.


nota tapak kaki: aku sebenarnya hanya nak lari mengeluarkan peluh aje a.k.a. jogging. Jadi jangan salah paham atau salah tafsir tau.bak kata orang putih yang tak berapa nak putih "dont judge a book from its cover girl"