9.3.11

dimana keadilan




gengster jalanan abidal dengan selambernya melakukan choke slam kepada abang robin van persie. tiada kad dilayangkan oleh pengadil iaitu pakcik Massimo Busacca kerana pakcik ref ini ingat dia sedang mengadili sukan wrestling dan bukannya sukan bolasepak.


tetapi setelah sedar yang sebenarnya dia adalah pengadil perlawanan bolasepak maka dengan tegasnya pakcik ref melayangkan kad kuning kedua kepada abang robin van persie atas alasan melambatkan permainan selama 2saat walaupun wisel yang ditiupnya tidak dapat didengari oleh abang robin dek kerana kebisingan yang amat sangat di dalam stadium. tapi kerana ingin menunjukkan betapa hebatnya kuasa pengadil yang dulunya tidak pernah pun bermain bola di dalam stadium berkapasiti 95,000 penonton maka inilah kesengalan yang ditunjukkan oleh pakcik ref ini.

persoalannya, dimana keadilan di dalam bolasepak?


No comments: