pada suatu masa yang hening di suatu daerah yang tak dapat dikenal-pasti dimana, kedengaran suatu perbualan yang sayup di telingaku ini...
A: aku rasa aku nak berubah laa...
B: kau nak berubah jadi apa? jadi ultraman ke?
A: ultraman? benda apa tu? species baru beruang panda ke?
B: e'eleh, kau ni..ultraman pun kau tak tau apa. ultraman tu sejenis makhluk asing yang amat mesra dengan manusia. matanya bersinar-sinar umpama bulan mengambang. dia sangat hebat, aku sangat kagum dan kagek dengan ultraman...
A: kau ni merapu je pandai, takde maknanya aku nak berubah jadi ultraman. aku cuma nak berubah jadi diri aku yang lebih baik.
B: eh bukan kau dah cukup baik ke sekarang ni? kau nak jadi lebih baik macam mana lagi?
A: aku mahu jadi lebih baik dari sekarang lah...aku rasa aku perlukan perubahan. yela walaupun kita rasa dah cukup bagus pun tapi kalau kita asyik di takuk lama je, kita tak akan kemana, kita tak akan maju bukan. jadi aku rasa aku perlu mengubah diri aku jadi yang lebih baik, lebih bagus.
si B terkedu seketika mendengar kata-kata yang keluar dari mulut si A.B: hmmm....kata-katamu ini memang sungguh dalam maknanya. tak sangka pulak aku yang kau mampu berpikir sebegitu rupa. tapi macam mana kalau perubahan kau tu nanti orang lain tak dapat terima?
A: biarlah, aku berubah bukan sebab orang lain. aku berubah sebab diri aku. lagipun kita tak dapat nak puaskan hati semua orang. aku tak mampu nak jaga hati semua orang, sedangkan hati sendiri pun kadang-kadang tak terjaga ini kan pula hati orang.
B: mana boleh biar macam tu je... kita kena jugak jaga hati orang lain, kita bukannya hidup sorang2 je kan? tak begitu?
A: hmmm...ada benarnya jugak kata-katamu itu. tapi macam aku cakap tadi, kita tak mampu nak puaskan hati semua orang. kau kena paham tu. apa guna kalau kita buat orang lain bahagia tapi diri kita sendiri yang merana? aku bukannya mahu pentingkan diri tapi aku cuma mahu diri aku gembira. penting diri tak bermakna aku abaikan orang lain. apa yang penting aku tak susahkan orang lain.
B: jadi, kau benar-benar nekad nak berubah lah ni?
A: a'ah, dah lama aku pikirkan pasal perubahan diri aku ni. kalau aku tak berubah sekarang, aku takut aku akan jadi lebih teruk pulak nanti.
B: kau betul-betul yakin dengan keputusan kau ni?
A: aku pasti sebenar-benar pasti!
B: macam mana pulak dengan aku nanti lepas kau berubah?
A: kau pun ikutlah macam aku, kita berubah. kita kena berubah demi kebaikan diri kita sendiri.
B: tapi......
A: takde tapi-tapi lagi....tak mahu lagi ku dengar alasan darimu.
B: kejap, biar aku pikir..
A: kau nak pikir apa lagi?
B: sabarlah....ni demi masa depan aku jugak.
A: ok. dah abis pikir bagi tau aku.
5 saat kemudian....
A: dah abis pikir belom?
B: belom...kejap....
5 jam kemudian... A: dah abis pikir belom?
B: belom..kejap...
5 hari kemudian... A: dah abis pikir belom?
B: belom..kejap...
5 tahun kemudian... A: dah abis pikir belom?
B: belom..kejap...
dek kerana si A tak mampu lagi untuk bersabar menunggu jawapan dari si B maka si A nekad meninggalkan si B sendirian. maka si A terus maju melangkah ke hadapan kerana keberaniannya untuk berubah manakala si B masih tidak berubah, dia masih si B yang dulu. si B yang masih tiada jawapannya.