21.4.11

Hahaha...

hahaharapan palsu.
hahaharapan dah musnah.
hahahati hampa.
hahahancurnya hati.
hahahaprak pun takda.
hahahampeh ade la.
hahahalamakkkk.
hahahaduyaiiiiiii.
hahahaktuiiiii


hahaharammmmmm....

nota kaki kecik:
don't be too hopeful because at the end it just hopeless.

2.4.11

Selamat Hari Menjadi Pak Su untuk Kedua kali buat Aku

Diumumkan bahawa secara rasminya, hari ini aku telah dilantik sebagai Pak Su untuk kedua kalinya setelah Kakak Ipar aku selamat melahirkan seorang lagi bayi comel yang juga merangkap anak buah aku yang kedua.

Bayi comel yang berjantina lelaki ini diberi nama Haikal Qayyum.

Tahniah diucapkan kepada abang dan kakak ipar aku di atas kemunculan insan baru di dalam keluarga mereka. Setelah anak sulong, Nur Saidah Qistina kini Haikal Qayyum melengkapkan lagi kehidupan mereka sekeluarga. Sepasang anak bersama sepasang ibu dan ayah.

Kelahiran Si baby boy yang comel ini sangat unik kerna tarikh kelahirannya adalah sama dengan tarikh kelahiran si Bapak iaitu 2 April. Dah macam cerita P.Ramlee la pulak, 'Anak Bapak' sungguh. Memang seronok sakan la si haikal nanti bila dah besar, yela Best-day sama dengan bapak. Konpem special bapak dia bagi hadiah. =)

Jika dilihat kecomelan si baby Haikal ini sedikit sebanyak mengikut kecomelan yang ada pada Pak Su nya jugak lah. Nak buat macam mana kan, 'comel itu ada di situ..' (^_^)

nota comel: Bila dah dapat jadi Pak Su untuk kali kedua ni, terasa diri aku makin tua la pulak. aduyai. Kengkawan pun dah ramai yang tunang, yang dah kawin pun ada. aduyai. takpelah kan, sampai seru sampai masa sampai jodoh ke jinjang pelamin jua akhirnya. aiceh. (*o*)