29.3.11

menanti hari meniti diri

tik..tok..tik..tok..

masa berjalan tanpa henti setiap hari
malah kadang kala mungkin juga berlari
meninggalkan manusia keseorangan sendiri
dan membuatkan manusia mencari-cari

dup..dap..dup..dap..

dan apabila kehidupan itu tidak diisi
seakan tiada apa yang berada disisi
walau hati kau sekuat dan sekeras besi
namun kau tetap akan merasa sangsi
kerna kau terlalu buta untuk mewarisi
kerna kau terlalu angkuh untuk menjadi saksi

maka kau akan terus menanti hari meniti diri
jangan sampai esok tiada lagi
menyesal kau sampai ke mati

titik noktah tanpa henti.

tik..tik..tik..tik..

22.3.11

kerepek lemau

mari mengunyah kerepek lemau.
walaupun lemau tapi masih enak dikunyah.

aku kunyah,

kunyah lagi,

sampai lumat.

mari sambung mengunyah kerepek lemau.

14.3.11

sudah jatuh ditimpa tangga dihempap pulak dengan buah kelapa!



DI SEBALIK BENCANA TSUNAMI JEPUN



laporan berita yang disiarkan oleh akhbar KOSMO! kegemaran Usop 'kite bakor..kite bakor..'


dipetik dari laman twitter hero citer nur kasih kegemaran Kak Limah



kartun yang disiarkan oleh Berita Harian, suratkhabor kegemaran Pak Munawir


Lepas satu, satu dan satu lagi cerita kurang enak untuk didengar dari media-media masa Malaysia tentang bencana Tsunami yang melanda Jepun beberapa hari yang lalu. Sungguh tidak manis untuk kita mempersendakan sesuatu yang tidak sepatutnya dipersendakan. Janganlah kita terlalu gelap hati untuk tidak mengambil tahu hati dan perasaan orang lain yang sedang bersedih di atas malapetaka yang menimpa. Cukup-cukuplah menconteng arang di muka sendiri sebelum muka kita jadi hitam legam sampai orang lain tak kenal dan tak mahu ambil tahu.

Bak kata orang-orang yang macam karam singh walia,
" sudah jatuh ditimpa tangga dihempap pulak dengan buah kelapa"


kesian pakcik ni. sudahlah jatuh basikal kena hempap pulak dengan basikal,beg dan payung ditambah pulak dengan suasana hujan menjadikan keadaan pakcik ini bertambah sadis dan tragik. Tragedi Oktober betui. Sabo ajelah ek pakcik.

marilah kita mencari keinsafan diri untuk seketika.

9.3.11

dimana keadilan




gengster jalanan abidal dengan selambernya melakukan choke slam kepada abang robin van persie. tiada kad dilayangkan oleh pengadil iaitu pakcik Massimo Busacca kerana pakcik ref ini ingat dia sedang mengadili sukan wrestling dan bukannya sukan bolasepak.


tetapi setelah sedar yang sebenarnya dia adalah pengadil perlawanan bolasepak maka dengan tegasnya pakcik ref melayangkan kad kuning kedua kepada abang robin van persie atas alasan melambatkan permainan selama 2saat walaupun wisel yang ditiupnya tidak dapat didengari oleh abang robin dek kerana kebisingan yang amat sangat di dalam stadium. tapi kerana ingin menunjukkan betapa hebatnya kuasa pengadil yang dulunya tidak pernah pun bermain bola di dalam stadium berkapasiti 95,000 penonton maka inilah kesengalan yang ditunjukkan oleh pakcik ref ini.

persoalannya, dimana keadilan di dalam bolasepak?