30.1.10

Muhasabah

Termenung.
Berangan.
Berkhayal.
Mengelamun.
Berfikir.

Benda-benda ni yang paling aku suka buat bila duduk sorang-sorang.

Boleh dikatakan dah jadi hobi kegemaran pulak rasanya.

Yang peliknya aku sendiri pun tak dapat nak bezakan sama ada aku ni tengah termenung atau berangan atau berkhayal atau mengelamun ataupun berfikir.

Kadang-kadang aku rasa macam aku buat semua benda ni sekali harung aje. Semua dalam satu.

Sebelum tidur adalah masa yang paling best untuk aku lakukan semua benda-benda tadi.

Masa ni lah aku akan terkenangkan macam-macam perkara yang pernah, bakal atau tak akan pernah berlaku.

masa silam.

masa sekarang.
masa depan.
malah masa yang tak pernah wujud dalam hidup aku pun ada.

Aku pasti akan ketawa dan gelak kecil.

Sengih sorang-sorang macam orang gila.

dan sesekali meleleh air mata juga.


Bukan setakat air mata, segala jenis air yang lain pun meleleh ikut masa dan situasi.

Air liur.

Air hidung.

Air peluh.

Dan air-air yang sewaktu dengannya.

Senang cerita segala jenis air yang boleh dihasilkan oleh manusia.

Jadi pandai-pandai lah kamu semua fikirkan sendiri iye!


Dulu ustaz aku pernah cakap

"sebelum kamu tidur maka elok benar jika kamu musahabah diri terlebih dahulu..."


Maka renung-renungkan dan selamat beramal.

25.1.10

cerita aku

aku masih bernyawa lagi.

jadi aku masih mahu menulis.
walaupun hanya sesekali.

banyak yang mahu aku cerita.
cerita pasal itu,
cerita pasal ini,
cerita pasal mereka,
cerita pasal dia,
cerita pasal aku.

tapi aku mahu cerita pasal aku.
kali ini hanya tentang diri aku.
hanya aku.

aku seorang lelaki tulen.
bukan jenis yang lemah-lembut,
bukan jua jenis yang badan ketul-ketul,
hanya lelaki yang cukup syarat untuk dikategorikan sebagai lelaki.

aku seorang manusia biasa.
bukan makhluk asing yang punya piring terbang,
bukan jua makhluk halus yang tidak boleh dilihat,
hanya manusia yang cukup sifat seperti manusia biasa yang lain.
tiada yang pelik dan tiada yang luar biasa tentang aku.

mahu tahu tentang aku?

yang nampak gembira di luar tapi punya sedih di dalam.
yang ada masanya membiarkan emosi mengawal dirinya.
yang senang dihampiri tapi kadang-kadang sukar dipahami.
yang suka bikin ketawa untuk orang lain tapi bukan diri sendiri.
yang banyak berfikir tentang macam-macam tentang diri dan orang lain juga.
yang mulutnya bisa riuhkan dunia tapi kadangkala hanya diam tanpa sebarang kata.

ini semua hanya sebahagian tentang aku.
jika mahu dituliskan semua tentang aku,
maka sepurnama pun belum tentu sempat aku ceritakan tentang aku.

mahu tahu tentang aku lagi?
mungkin di lain hari.

barangkali esok lusa aku mahu cerita pasal dia pula.

10.1.10

hampa

jarang-jarang sekali aku ada masa untuk menulis sejak akhir-akhir ini.
nafsu untuk menulis itu ada tapi ada sahaja perkara yang membataskan.

jadi pabila punya peluang untuk memuaskan nafsu menulisku ini,
aku gagahi jua jari jemari untuk menari di atas keypad komputer ribaku.

entah apa irama yang dimainkan dari minda mahupun hati aku kali ini,
seperti tidak senada dengan tarian jari jemari.
tariannya tak indah. sumbang!
betul cakap seniman agung tanahair, P.Ramlee pernah bilang dalam lagu Getaran jiwanya;
andai dipisah lagu dan irama...
lemah tiada berjiwa...hampa...

sememangnya hasilnya hampa tak seperti yang diharapkan.
hampa.

aku hampa.

1.1.10

dua ribu sepuluh


hari ini adalah hari pertama pada tahun 2010.
maka kita masih ada 364 hari lagi untuk dilalui pada tahun 2010.
nampak macam lama lagi kan? tapi sebenarnya tak lama. percayalah.
macam tahun 2009 yang dah meninggalkan kita.
manfaatkan setiap hari yang ada untuk diri kita.
jadikan setiap hari yang ada bermakna dalam hidup kita.
tak nak cakap banyak.
jumpa lagi esok ke tulat tak pun minggu depan.