14.11.09

bila dah tamat

Sebelum aku mengarut panjang
Aku ada satu pengumuman penting. Sila dengar.
(macam lah ada orang boleh dengar suara aku..)

FINAL EXAM AKU DAH TAMAT.

iyeeeee....tak dengar ke aku cakap tadi. kuat dah kot aku jerit tadi
(bayangkan je lah..).

final...exam...aku...dah...tamat....ada paham?





yabedabedoooooooooo......yuuuhhhhhuuuuuuuuuuuuuuuuuu.....
..

Antara kenikmatan dunia yang paling agung ialah bila kita dah abis exam. Serius aku tak tipu!
Sungguh nikmat. sangat-sangat nikmat. Perasaan aku sekarang memang tak dapat nak dibayangkan lah. Lagi nikmat bila ini merupakan final exam terakhir aku untuk ijazah sarjana muda sains dan teknologi makanan kat UiTM.

Sekarang aku dah takde nak serabut seraban nak pikir lagi pasal exam.
Aku tak perlu carut marut atau caci maki bila tengok soalan exam macam sial.
Aku tak perlu lagi nak sepak teranjang kerusi meja atau hentak kepala kat dinding pasal geram bila tak dapat jawab exam.
Aku dah tak perlu kot nak cekang mata, perah otak, perah keringat dan segala ape kejadahnya lagi benda-benda pelik untuk baca nota-nota yang sentiasa bikin kepala otak aku pening.
Nak kena hafal ini, nak kena paham itu, nak kena tau yang ini, nak kena ingat yang itu.
kadang-kadang aku rasa dah macam mesin scanner la plak!

Bila aku pikir-pikir balik kan, hidup aku selama ini memang diabdikan untuk belajar dari aku kecik molek tak baligh sampai lah aku dah besar panjang.

masuk tadika baru nak kenal A,B,C..1,2,3..
masuk sekolah rendah pulak banyak main je lebih...hingus pun meleleh lagi kot...
masuk sekolah menengah dah mula nak tunjuk macho depan awek...
masuk matrikulasi pulak belajar apa pun tak paham...bapak laju lecturer ajar!
masuk universiti dah mula kenal apa itu kehidupan...dah mula jadi matang...konon...

Perjalanan hidup aku dalam menuntut ilmu memang sangat sangat sangat lama siot. Memang sanggap dibuatnya. Aku rasa cukuplah untuk aku belajar secara formal.

aku dah malas nak masuk kelas.
aku dah bosan nak baca nota.
aku dah jemu dengan benda macam ni.
aku dah tak mampu lagi otak aku dah tepu.

Tapi dalam kehidupan ni pun kita memang sentiasa belajar benda baru.
kita belajar secara tak formal. belajar tentang erti kehidupan.
belajar macam mana nak hidup kan?

Ok lah.cukup untuk aku lepas gian menaip panjang gila babeng. Dah lama aku tak membebel meleret meleleleleleleh macam ni. Dah abis exam pun bosan gak sebenarnya. tak tau nak buat apa. Entahlah janji yang penting aku tak serabut serabai seraban.

otak aku rasa ringan siot! adios...

16 comments:

myQza said...

tahniah kerana berjaya menempuh segala ujian dan dugan sehingga ke exam semester terakhir..

:)

PAP said...

aku kini bagai kan kucing..bebas merayau ke mana-mana..hahaha. thankz tedi si kucing.

KePOMPOM said...

pjg jugak bebelan ko. selamat bersukaria!

PAP said...

lelaki juga suka membebel tapi aku bukan lelaki jalang tau apom...hahaha.

chokio_nia said...

wah..keje la ek tak lame lagi ko ne??konpem ko buhsan nati ble keje..sumpah..

norfaridahanum said...

selamat enjoy dan ceria2.

sy br nak exam minggu dpn.haish~~

anyway,1st time dtg sinih.so,nak cliche sket-->salam ziarah =)

Che Kay said...

Slamat bersuke rie! Slamat berpraktikal pulak lepas ni. Praktikal kat ner nanti? P/s:tak bleh blah blagak abis exam dgn cik hamis jalika. Hahahaha

PAP said...

CHOKIO: ape beza bosan keja dengan bosan belajar? bosan keja dapat duit tapi bosan belajar dapat perit. hehe.

FARIDAHanum: selamat berjaya wahai kamu. usaha jaya semoga sukses selalu. ziarah lah sementara blog ni tak jadi kubur lagi. huhu.

KAY: riang.ria.riuh.rendah. praktikal kat batu caves je kilang bumiputra je. kilang IKS. ok la rezeki gak tu kan. syukur2.

Miss Ongy (Wanie) said...

tak nak smbung masters? ;P heehhe..

PAP said...

KAK WANI: master? rasanya otak saya dah lembap semacam kot. tak mampu kot nak sambung belajar lagi. serius tak larat. hehehe..cukup..cukup lah..

Unknown said...

final exam je dah tamat..result exam tak tamat lagiiiiiii...haaa...
klik iklan maggi anda ;)

PAP said...

EPAL: aduyai tak mahu pikir pasal tu lagi..biar otak ini ada ruang untuk bernafas seketika. rungsing kalau pikir pasal benda tu.

nota kecik: tekan..tekan..jangan tak tekan..ada komisen..hehe

Unknown said...

haaaaaaaaa....ayokkkkkkk ayokkkkk..result t macam mana??
(saja bagi cuak) :D

Seroja Jingga said...

lega gila lah ni ye?
harap result meletop sebagaimana
kamu nak meletop study!

CONNIE said...

aku pun nk ckp "selamat bergumbira"

zatilzuhdi said...

tunggu result pulak lepas ni PAP..hehehe

same-samelah kite menunggu result ea..